Lapangan terbang New Zealand telah menetapkan had tiga minit bagi dakapan perpisahan, mencetuskan perdebatan di seluruh dunia mengenai berapa lama untuk berpelukan.
Bos di lapangan terbang antarabangsa di bandar selatan Dunedin berkata mereka terkejut dengan respons tular terhadap peraturan baru mereka di zon menurunkan penumpang daripada kereta.
“Untuk memastikan urusan berjalan lancar, kami telah memasang papan tanda baru, termasuk tanda ‘Waktu memeluk maksimum tiga minit’,” kata ketua eksekutif lapangan terbang, Encik Daniel De Bono.
“Ia cara kita bersikap sedikit pelik dan mengingatkan orang ramai bahawa zon menurunkan penumpang adalah untuk salam perpisahan yang singkat,” katanya.
“Dan usah risau – dakapan hanya 20 saat sudah cukup untuk mengeluarkan oxytocin dan serotonin, hormon gembira yang meningkatkan kesejahteraan, jadi tiga minit adalah banyak masa untuk mengucapkan selamat tinggal dan mendapatkan dos kegembiraan anda.”
Orang ramai yang ingin berdakapan buat masa lebih lama boleh menggunakan tempat meletak kereta, di mana 15 minit pertama adalah percuma, katanya.
Lapangan terbang itu berkata ia memulakan had berpelukan pada September dengan mengundang sedikit reaksi.
Namun, eksekutif pemasaran dan perhubungan lapangan terbang itu, Cik Sarah Soper, berkata mereka terkejut betapa luas perhatian global yang telah tercetus berhubung hal tersebut. – AFP
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg