Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Walau baru dan muda, jiwa niaga pemilik Deen Dunya tarik perhatian Tok Ti

Aug 06, 2023 | 05:30 AM



Bagaikan bulan jatuh ke riba rasanya apabila mendapat tawaran bekerjasama secara eksklusif sebagai pengedar rangkaian produk Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ini yang dirasakan usahawan muda, Cik Aida Suhaimi, 34 tahun, bos Deen Dunya, yang menjual produk keislaman baik dandanan ataupun penjagaan kulit, serta telekung dan kelengkapan haji dan umrah di dua cawangan, Golden Landmark dan 48 Haji Lane.

“Siapa yang tidak rasa berbesar hati apabila dipelawa menjadi pengedar produk Datuk Seri Siti Nurhaliza? Beliau sendiri adalah jenama besar di Nusantara dan dikenali ramai. Produknya pun bermutu, dari jenama SimplySiti, BeauSiti dan tudung AFIYA.

“Apa yang Datuk Siti bangunkan dan usahakan sejajar dengan matlamat kami menyediakan produk halal untuk kegunaan dunia dan bagi ibadah ke akhirat,” jelas Cik Aida.

Beliau menyifatkan dirinya sebagai peniaga yang sama sekali tidak merancang untuk menjadi usahawan pada awalnya. Sebelum ini, beliau adalah pendidik prasekolah sebelum menjadi suri rumah.

”Deen Dunya dimulakan sejurus pandemik tamat. Sejak dua tahun lalu, saya memulakan perniagaan dalam talian bagi membantu ibu mentua saya membereskan stok barangan yang ada sebab beliau juga mengusahakan perniagaan.

“Apabila terima WhatsApp untuk jadi pengedar produk Datuk Siti, saya terima peluang ini dan menyahut cabaran dengan harapan perniagaan kami akan lebih maju dan dapat dimanfaatkan pengguna yang mencari produk keislaman untuk kegunaan seharian dan bagi tujuan umrah atau haji,” tambahnya.

Bagi merasmikan kerjasama dengan Siti, Deen Dunya memberi ruang buat 30 pelanggan bertuah yang sama ada mengikuti promosi dalam talian atau memberi barangan di kedai untuk menyertai sesi beramah mesra dan bergambar dengan Siti.

Kata seorang pelanggan bertuah, Cik Sri Rifana Nesiran, 38 tahun, suri rumah:

“Saya minat Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak 1998 sampai hari ini. Suka sangat lagu Aku Cinta Padamu yang menjadi hit pada waktu itu. Saya telah menghadiri konsert beliau di Persada Johor. Konsertnya memang tidak pernah menghampakan. Jadi gembira untuk temui beliau di Deen Dunya.”


Cik Raifana Mohamad Rashid, 40 tahun, guru prasekolah pula memberi sokongan kepada perniagaan anak Melayu, Deen Dunya, yang mempunyai koleksi telekung yang menarik dan cantik. Bonus baginya untuk bertemu Siti Nurhaliza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >