Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Liza Hanim hadiah peminat dengan konsert skala besar

‘Liza Hanim 27 Years Journey In Concert’ buka ruang
kongsi pengalaman, interaksi bersama peminat
Nov 03, 2023 | 02:30 PM



Hampir tiga dekad penyanyi bersuara merdu, Liza Hanim, mengabdikan dirinya dalam kerjaya muzik.

Justeru, sesuatu yang selama ini menjadi impian iaitu mengadakan konsert berskala besar akhirnya dapat direalisasikan menerusi konsert, Liza Hanim 27 Years Journey In Concert, di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Februari 2024.


Berikrar tidak mengecewakan peminat pada konsert anjuran LH Media Sdn Bhd bersama Laugh Out Loud Entertainment itu, Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim, 44 tahun, sudah merancang menyampaikan untaian lagu hit yang dipetik daripada tujuh album yang dihasilkan sejak bergelar anak seni.

“Tentulah saya sangat teruja mengadakan konsert selepas 27 tahun berkelana dalam dunia seni nyanyian.

“Tetapi acara ini adalah mengenai pertemuan intim saya bersama peminat setia sejak 27 tahun serta berkenalan dengan peminat yang baru mengenali Liza lewat single atau pembabitan saya dalam beberapa program seperti Gegar Vaganza (GV),” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


“Inilah momen yang saya tunggu sebagai lambang penghargaan kepada semua pihak yang tidak jemu menghargai dan menyokong kerjaya seni saya,” katanya.

Liza melangkah dalam industri muzik tanah air seawal usia 17 tahun selepas menjadi naib juara pertandingan nyanyian, Golden Teen Search anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1996.


Bakat besar dan kesungguhan yang ada dalam diri Liza membuatkan dirinya melakar satu demi satu kejayaan antaranya menjadi Juara Bintang Penghibur RTM pada 1999; Naib Juara Festival Muzik Shanghai, China (2000); pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-17 (2003); termasuk Persembahan Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu, Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 (2022).


Kini, Liza bersaing dalam program realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV), yang disertai mantan juara GV bagi sembilan edisi lalu.


Beliau merupakan peserta paling konsisten yang mendapat tempat pertama buat dua minggu berturut-turut.

Sementara itu, Pengarah Urusan LH Media Sdn Bhd, Shahrin Samsudin, berkata konsert itu dilihat sebagai daya usaha penjenamaan Liza sebagai anak seni dengan imej bersih dan bakat yang sentiasa disanjung peminat.

“Ini akan menjadi momen yang tepat buat Liza sebagai penyanyi yang sudah 27 tahun bergelumang dengan dunia seni mempunyai sebuah konsert khas buat dirinya dan peminat.

“Tempoh ini dirasakan sudah sangat penting dan cukup matang buat seorang penghibur berkaliber seperti Liza mempamerkan mutu dan segudang pengalamannya.

“Justeru, kami sangat teruja dan berbesar hati untuk melihat Liza Hanim 27 Years Journey In Concert terlaksana dengan jaya dan meninggalkan momen bukan hanya kepada kami, bahkan seluruh peminat yang sudah sekian lama ingin berada dalam ruang konsert milik penyanyi pujaan mereka ini,” katanya.


Liza pernah merakamkan tujuh album studio iaitu Epilog pada 1997, Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1998), Puteri Jelmaan (1999), Istimewa (2000), Isyarat Jiwa (2001), Ku Teruskan (2003) dan Imagin (2007).


Liza Hanim 27 Years Journey In Concert turut mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui MyCreative Ventures Sdn Bhd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >