Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Semangat juang Liza Hanim jadi inspirasi

Oct 24, 2023 | 05:30 AM



Mengapa penyanyi berkaliber dan sebaik Liza Hanim asyik dapat ‘Nombor 2’ sahaja?

Soalan ini diajukan peminat tegarnya, seorang sahabat saya yang mengikuti perkembangan pelantun lagu Gelisah Mimpi dan Siapa Sangka Siapa Menduga itu sejak awal pembabitan dalam kerjaya seni pada 1997.


“Semasa muda, Liza sezaman dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang miliki pakej suara dan paras rupa jelita dan comel. Selepas tu, Liza masuk Gegar Vaganza 4 (GV4), dapat saingan sengit daripada Datuk Aishah.


Alahai, pastinya payah nak tewaskan Tok Ti dan Kak Aishah,” bebelan si teman kedengaran sewaktu kami duduk sambil minum petang di sebuah kafe.

Saya pasti, perkembangan terkini Liza, 43 tahun, di pentas All Stars Gegar Vaganza menggembirakan teman saya itu. Nak masuk konsert minggu keenam pertandingan, ternyata, Liza sudah memberikan yang terbaik dan merupakan peserta paling konsisten dalam lingkungan peserta ‘Top 5’.


Kejayaan pada Ahad lalu berada di tangga pertama menggembirakan ramai termasuk diri saya sendiri yang tertunggu-tunggu bilalah Liza dapat diumumkan sebagai peserta dengan markah paling banyak. Bahkan, ia satu pencapaian besar kerana beliau masuk bertanding atas undian peminat dan diletakkan dalam kategori ‘Hot Seat’ bagi bukan juara dan finalis GV bagi sembilan musim lalu.

Liza merupakan naib juara yang memberi saingan sengit kepada Aishah pada masa itu. Saya masih ingat pusingan ‘battle’ mereka apabila masing-masing cuba ‘rap’ dan memberi lenggok hip-hop yang bertenaga pada peringkat usia ‘akak-akak’ dan ‘mak cik’.


Mungkin inilah yang dinamakan rezeki. Kalau dahulu, belum sampai masanya. Kini, memang terbukti Liza merupakan vokalis hebat.

Diuji dengan bermacam situasi era media sosial di mana beliau menerima kecaman kerana dikatakan kurang popular dek paras wajah yang kurang menarik, Liza bangkit untuk ‘beri balik’ kepada warganet yang tidak beralas dan main ‘hembus’ di dalam talian.

Sepanjang kerjaya selama 26 tahun, saya lihat kesungguhan dan bakat Liza. Menyanyi boleh, berlakon pun okey, hidupkan watak Saloma pada pementasan muzikal P. Ramlee pun tiada masalah.

Sebenarnya, dalam kita berhibur dan tergelak dek gelagat pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, atau reaksi juri (Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat) pada gurau senda mereka, ada banyak pengajaran yang dibawa bersama program realiti ini.

Kalau ada yang mengutuknya sebagai program melekakan, ia sebenarnya bergantung pada apa yang kita cedok daripada peraduan ini.

Sejujurnya, saya lihat kesungguhan bintang seperti Liza, Jaclyn Victor, Noryn Aziz dan Azharina Azhar, mengasah bakat masing-masing tanpa rasa segan atau terlalu selesa mereka ‘orang lama’ dan dah cukup pandai.

Kerendahan hati Liza memang tidak dapat disangkal. Beberapa kali melihat beliau berinteraksi dengan orang ramai dan media, saya kira beliau antara yang menunjukkan hemah dan semangat waja untuk terus berkarya selagi ada peluang berbuat demikian.

Tak kisahlah kalau makan masa hampir tiga dekad untuk buktikan kejayaannya. Moga ada rezeki Liza jadi ‘Nombor 1’ kali ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >