Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M. Nasir rakam semula lagu klasik 1903, ‘Nuri Terbang Malam’

Jan 8, 2025 | 5:16 PM
Datuk Dr M. Nasir teruja memberi pembaharuan pada lagu yang dihasilkan pada 1903, ‘Nuri Terbang Malam’, yang dipercayai merupakan lagu Melayu pertama dirakam ke piring hitam.
Datuk Dr M. Nasir teruja memberi pembaharuan pada lagu yang dihasilkan pada 1903, ‘Nuri Terbang Malam’, yang dipercayai merupakan lagu Melayu pertama dirakam ke piring hitam. - Foto FACEBOOK M. NASIR

Siapa sangka lagu klasik, Nuri Terbang Malam, yang dirakam pada 1903, menarik perhatian penggubah lagu dan penyanyi kelahiran Singapura, Datuk Dr M. Nasir, sehingga beliau terpanggil memberi nafas baru kepadanya.

Melalui projek gubahan baru untuk lagu Melayu pertama yang pernah dirakam di Singapura dalam bentuk piring hitam oleh sebuah label yang berpangkalan di United Kingdom (UK), iaitu Gramophone Company, pada 1903 itu, Nasir dilihat mencetus inspirasi buat penggemar muzik tempatan.

Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan menerusi Nuri Terbang Malam versi baru, maestro muzik legenda itu bekerjasama dengan pemain gitar kumpulan Spider, Allahyarham Napie, yang berperanan membuat susunan muzik sebelum beliau meninggal dunia pada 22 November 2024.

Bukan itu sahaja, lagu klasik yang diterbitkan semula oleh syarikat rakaman milik Nasir, Luncai Emas Sdn Bhd, turut mendapatkan khidmat vokalis Spider, Tam Mustafah, selaku penyanyi latar.

Nuri Terbang Malam, pada asalnya dinyanyikan oleh Qasim, seorang penyanyi Wayang Semarang dari Pulau Pinang.

Lagu itu menggabungkan unsur muzik tradisional India dan Timur Tengah, mencerminkan pelbagai budaya yang wujud di rantau ini pada zaman itu.

Lirik lagu itu mengisahkan tentang cinta yang tidak pernah pudar seperti burung nuri yang terus mencari di malam gelap.

Nasir berkata sebagai penggiat seni, beliau ingin membawa karya berkenaan kepada generasi baru tanpa melupakan asal usulnya.

“Lagu ini adalah sebahagian daripada sejarah muzik kita dan tugas kita adalah untuk mengabadikannya,” katanya mengulas mengenai gubahan baru tersebut.

Napie, atau nama sebenarnya, Hanafi Hamdan, turut bertanggungjawab selaku penerbit lagu berkenaan.

Beliau membuat susunan semula terhadap struktur lagu itu dengan memperkenalkan rentak yang lebih rancak, namun, masih mengekalkan unsur tradisional India dan Timur Tengah yang menjadi tunjang asalnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg