Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M. Nasir tiada masalah lirik lagu ‘Nur Nilam Sari’ diubah

Oct 20, 2023 | 1:31 PM
POPULAR DI TIKTOK: M. Nasir (gambar) tiada masalah lirik lagu, ‘Nur Nilam Sari’, diubah kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’ sehingga tular di wadah TikTok.
POPULAR DI TIKTOK: M. Nasir (gambar) tiada masalah lirik lagu, ‘Nur Nilam Sari’, diubah kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’ sehingga tular di wadah TikTok. - Foto fail

Maestro muzik, Datuk M. Nasir tiada masalah apabila lirik lagu popular ciptaannya, ‘Nur Nilam Sari’, yang didendangkan Datuk Awie bersama Search, diubah kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’ sehingga tular di TikTok.

Nasir yang menghasilkan lirik lagu itu bersama Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq pada 1998, mengaku tidak mampu menghalang orang ramai daripada mengubah lirik lagu berkenaan dan berkongsi di wadah digital.

“TikTok adalah platfotm paling efektif dan menjadi budaya sekarang. Tetapi kita tidak tahu bila akan basi.

“Bagi saya, TikTok tidak ada negatif atau positif kerana popular sekarang. Namun, tergantung kepada pengguna untuk memanfaatkannya. Itu hak awam... Saya tiada benda nak cakap.

Nasir mendedikasikan lagu ‘Nur Nilam Sari’ itu buat anak bongsunya, hasil perkahwinan dengan Allahyarhamha Junainah Johari.

Sementara itu, ketika ditanya adakah beliau memanfaatkan wadah itu bagi mengikut peredaran masa, Nasir berkata setakat ini beliau masih belum berkeinginan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg