Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Makanan laut Mutiara Seafood buka selera di WGS

Pelanggan tidak perlu khuatir makan ketam secara tidak kemas
Jun 23, 2023 | 01:06 PM



Restoran makanan laut popular Jumbo Group yang terkenal dengan makanan lautnya yang segar seperti ketam cili yang ikonik, merebut peluang membuka restoran makanan laut halal apabila mereka menemui lokasi impian – dianggap nadi masyarakat Melayu/Islam iaitu di Wisma Geylang Serai (WGS).

Sebagaimana kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jumbo Group, Encik Ang Kiam Meng, ketika ditemui Berita Harian berkata:


“Saya masih ingat suatu ketika dahulu di mana saya berfikir, jika saya berpeluang membuka restoran makanan laut halal, lokasi ini adalah satu-satunya dan pilihan pertama yang saya mahukan untuk tebar perniagaan saya. Ini kerana ia sangat ikonik dan terletak di lokasi yang mesra untuk masyarakat Melayu.

“Justeru, apabila saya mendengar terdapat ruang kosong di WGS, kami memutuskan untuk terus menyertai bidaan untuk mendapatkannya.”

Restoran Makanan laut Jumbo ditubuhkan sejak 1987 dan sentiasa ingin menerokai pasaran halal tetapi terpaksa menangguhkan idea itu demi mencari masa dan rakan kongsi yang sesuai.

Impian itu menjadi kenyataan apabila Encik Ang bertemu rakan kongsi berpengalaman dan sesuai, iaitu Cik Novie Djayayanti Tjoa yang telah berkecimpung dalam industri makanan dan minuman (F&B) selama 16 tahun sebagai pengasas Eatz Catering.

“Kami mendapati Cik Novie sangat berdaya usaha, mempunyai pasukan yang baik dan memahami keperluan masyarakat Melayu/Islam dalam industri F&B. Oleh itu, dengan kehadirannya, ia telah membantu dalam mempercepatkan proses sambil memahami pasaran dengan baik, sesuatu keperluan yang saya anggap sangat kritikal,” tambah Encik Ang.

CEO Mutiara Seafood, Cik Novie pula berharap setiap kali masyarakat Islam mengidam dan memikirkan tentang makanan laut, restoran pertama yang terlintas di fikiran mereka ialah Mutiara Seafood.

Mutiara Seafood dengan pelbagai hidangan bermutu telah mengambil pendekatan yang bernas dan inklusif dengan menyenaraikan nama hidangan dalam bahasa Melayu dahulu, diikuti dengan bahasa Inggeris.

“Walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa pertuturan utama kami, kami memutuskan untuk menamakan hidangan dalam bahasa Melayu terlebih dahulu bagi memastikan semua generasi, seperti orang tua tidak akan berasa tersisih dan memahami makanan yang kami sajikan,” kongsi Cik Novie.

Peringkat awal penubuhan restoran tersebut perlu melalui pelbagai penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk hidangan yang disajikan bagi memastikan ia memenuhi cita rasa masyarakat Melayu.

“Memandangkan restoran ini halal, kami menyediakan semua sos kami di dalam restoran ini, yang menjadikan tempat ini sangat sibuk. Namun, kami mampu memberikan hidangan yang segar dan bermutu kepada pelanggan kami,” tambah Cik Novie.

Encik Ang berkongsi bahawa Jumbo Seafood mempunyai dapur pusat yang menghasilkan semua sos.

Beberapa pelanggan bukan Islam yang pernah menjamu selera di Jumbo Seafood dan mencuba Mutiara Seafood, membuat perbandingan dan berkongsi bahawa hidangan itu lebih sedap di Mutiara ataupun setaraf.

Beberapa bahan yang digunakan di Jumbo tidak halal, lantas mendorong pasukan Mutiara untuk mencari bahan gantian yang sesuai.

Contoh hidangan itu termasuk udang dimasak dengan bihun dan sos ‘Sha Cha’ (diperbuat daripada minyak, bawang putih, bawang goreng, lada dan makanan laut) dalam periuk tanah liat atau ‘claypot’ dan Ayam Goreng Mocha.

“Mencari bahan dan sos halal seperti sos ‘Sha Cha’ sangat sukar. Kami kemudian terpaksa mengubah suainya kepada Mala, yang diterima dengan baik,” kongsi Encik Ang.

Hidangan tulang rusuk daripada haiwan yang tidak halal adalah salah satu juadah ikonik di Jumbo Seafood. Justeru ia digantikan dengan Ayam Goreng Mocha yang memberi peluang kepada pelanggan Muslim untuk menikmati hidangan tersebut.

Memenuhi keperluan pelanggan sambil menyediakan khidmat bermutu sentiasa menjadi tumpuan restoran itu.

“Saya perhatikan pelanggan yang datang pada waktu makan tengah hari. Hidangan ketam mungkin bukan hidangan yang paling mudah untuk dimakan kerana ia boleh menjadi tidak kemas dan berselerak. Oleh itu, kami memutuskan untuk menawarkan Sos Daging Ketam Cili dengan Roti Goreng Irisan. Ketam itu sudah dikupas dan mereka boleh menikmati hidangan tersebut tanpa perlu bersusah payah,” kongsi Cik Novie.

Walaupun restoran itu mendapat sambutan positif yang menggalakkan daripada pelanggan, Mutiara Seafood tidak bercadang untuk mengembangkan restorannya dengan membuka cawangan lain pada masa ini.

Ia mahu memberi tumpuan dalam usaha membina asas kukuh dan hubungan yang baik bersama pelanggan di WGS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >