Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Umpan tekak dengan hidangan istimewa makanan laut

Jun 23, 2023 | 3:45 PM
SAJIAN MUTIARA: Hidangan makanan laut dan yang dibakar cukup menyelerakan di Restoran Mutiara sekitar Wisma Geylang Serai (WGS).
SAJIAN MUTIARA: Hidangan makanan laut dan yang dibakar cukup menyelerakan di Restoran Mutiara sekitar Wisma Geylang Serai (WGS). - Foto BH oleh KHALID BABA

KETAM CILI: Ketam segar dengan isi manis. Sos cili juga tidak terlalu manis, sedikit pedas dan amat memuaskan.
KETAM CILI: Ketam segar dengan isi manis. Sos cili juga tidak terlalu manis, sedikit pedas dan amat memuaskan. - Foto BH oleh KHALID BABA

Ketam cili adalah hidangan makanan laut yang popular dalam kalangan penduduk setempat dan warga asing di Singapura. Ia disifatkan dalam pelbagai penerbitan makanan sebagai hidangan makanan laut nasional Singapura ataupun hidangan kebangsaan Singapura.

Hidangan berupa ketam keretah (mud crab) yang digoreng dalam kuah yang manis, savuri dan pedas ini dimakan dengan roti ‘mantou’ yang garing di luar tetapi lembut isinya.

Harga sajian ini ditentukan mengikut jenis ketam yang dipilih, baik ketam keretah atau ketam Dungeness mahupun ketam Alaska. Jika memilih ketam lumpur, setiap 100 gram berharga $9.80.

CUMI GORENG GARING: Hidangan cumi ini sangat garing walaupun setelah dibiarkan sejuk. Cumi ini digoreng dua kali untuk memastikan kerangupannya.
CUMI GORENG GARING: Hidangan cumi ini sangat garing walaupun setelah dibiarkan sejuk. Cumi ini digoreng dua kali untuk memastikan kerangupannya. - Foto BH oleh KHALID BABA

Kedengaran bunyi ‘kriuk kriuk kriuk’ apabila mengunyah cumi goreng garing ini. Seperti snek garing, anda akan terasa asyik menyuap cumi itu ke dalam mulut tanpa henti.

Walaupun ia kelihatan biasa pada pandangan pertama, hidangan sotong ini berperisa dengan campuran manis dan masin yang seimbang. Yang penting, ia rangup dan tetap enak walaupun selepas hidangan itu dibiar sejuk.

Cumi ini berharga $16 dan hidangannya besar, sesuai untuk dikongsi.

UDANG BAKAR JIMBARAN: Daripada seksyen menu bakar Mutiara, udang ini harus dicuba. Dapat dirasakan perisa salai yang lazat hasil proses membakar.
UDANG BAKAR JIMBARAN: Daripada seksyen menu bakar Mutiara, udang ini harus dicuba. Dapat dirasakan perisa salai yang lazat hasil proses membakar. - Foto BH oleh KHALID BABA

Daripada seksyen khas bakar dan panggang di Mutiara, inilah kegemaran kami.

Udang bakar Jimbaran ini mempunyai perisa yang menyeluruh – manis, masam, masin dan juga terasa pedas sedikit. Yang mengagumkan adalah rasa makanan ‘dibakar’ dalam setiap suapan. Udangnya diperap dan dibakar dengan baik.

Udangnya juga sangat segar, mudah untuk mengupas kulitnya. Apabila ditarik dari satu bahagian, semua isinya ikut terkeluar.

Hidangan ini berharga $28 bagi empat ekor udang.

AYAM GORENG MOCHA: Perisa yang tidak selalu dirasai. Ayam ini diselaputi serbuk kopi mocha, yang juga mengandungi perisa coklat.
AYAM GORENG MOCHA: Perisa yang tidak selalu dirasai. Ayam ini diselaputi serbuk kopi mocha, yang juga mengandungi perisa coklat. - Foto BH oleh KHALID BABA

Pada mulanya agak aneh mendengar keterangan tentang hidangan ini kerana mereka menggunakan serbuk kopi mocha yang menyelaputi ayam goreng. Namun, pada gigitan pertama, perisa hidangan ini amat menyelerakan. Kombinasi kopi mocha, yang juga mengandungi coklat mengimbangi perisa ayam.

Kadangkala terasa seperti makan bertih jagung atau ‘popcorn’ yang dituang karamel kerana kemanisan dan kerangupan kulit ayam tersebut. Ini merupakan hidangan yang harus dicuba jika anda gemar mencuba sajian baru.

Ayam goreng mocha ini berharga $16 hingga $32 mengikut saiz hidangan yang dipesan.

MINUMAN BUAH-BUAHAN: (Dari kiri) Dengan perisa pic, limau bali dan yuzu serta timun, minuman ini amat menyegarkan dan dapat menghilangkan dahaga. Airnya juga tidak terlalu manis dan bergas sedikit.
MINUMAN BUAH-BUAHAN: (Dari kiri) Dengan perisa pic, limau bali dan yuzu serta timun, minuman ini amat menyegarkan dan dapat menghilangkan dahaga. Airnya juga tidak terlalu manis dan bergas sedikit. - Foto BH oleh KHALID BABA

Kalau sudah pesan makanan, jangan lupa minuman pula! Dipanggil air penyejuk atau ‘cooler’, ketiga-tiga perisa air (pic, yuzu dan limau bali) ini sangat menyegarkan sebagai pelengkap santapan anda.

Soda dengan buah-buahan ini adalah minuman bergas.

Setiap minuman ‘cooler’ boleh dituang ke dalam enam cawan kecil dan berharga $18.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg