Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mantan isteri Billy Joel sumber inspirasi ‘Tell Her About It’

Oct 30, 2023 | 5:30 AM
SUMBER ILHAM: Lagu, ‘Tell Her About It’, merupakan lagu terkenal Billy Joel yang diilhamkan selepas bertemu bekas isterinya, model Christie Brinkley.
SUMBER ILHAM: Lagu, ‘Tell Her About It’, merupakan lagu terkenal Billy Joel yang diilhamkan selepas bertemu bekas isterinya, model Christie Brinkley. - Foto INSTAGRAM HOLLYWOOD COUPLE

Kenangan cinta lama tetap mengusik jiwa buat penyanyi dan penggubah lagu legenda, Billy Joel.

Dalam buku kisah riwayatnya, The Life and Times of an Angry Young Man, Joel, 74 tahun, berkongsi tentang sumber ilham lagu, Tell Her About It, iaitu bekas isterinya, model Christie Brinkley, kini 69 tahun.

“Kali pertama saya bertemu dengan Christie, saya tahu beliaulah orangnya yang boleh jadi teman untuk saya berbual tentang segala rahsia hati. Itulah sumber inspirasi bagi Tell Her About It. Ia membuatkan saya tahu inilah bakal isteri saya,” jelasnya.

Mereka bertemu pada 1982, berumah tangga pada 1985 dan bercerai pada 1994.

Lagu itu mempunyai irama ala 1960-an. Menerusi klip video muziknya, Joel kelihatan berada dalam rancangan hiburan, The Ed Sullivan Show sebagai BJ (nama watak dalam klip video) yang menganggotai kumpulan The Affordables.

Lagu itu juga digunakan sebagai runut bunyi filem, Easy Money, yang dibintangi pelawak Rodney Dangerfield.

Hingga kini, mereka masih lagi bersahabat baik dan meluangkan masa bersama anak tunggal mereka, Alexa Ray Joel.

Joel sudah berumah tangga dengan penunggang kuda sukan ekuestrian, Alexis Roderick, dan mempunyai tiga cahaya mata.

Brinkley pula sudah berumah tangga sebanyak empat kali tetapi semuanya menemui kegagalan.

Beliau menjanda lagi selepas perkahwinan bersama jurubina, Peter Cook hanya bertahan selama 12 tahun. Pasangan itu mempunyai seorang anak, Sailor Brinkley Cook, juga seorang model.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg