Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mat Sentol kian uzur tapi masih selera makan

Nov 22, 2023 | 03:02 PM



KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Mat Sentol, 90 tahun, kurang sihat sejak beberapa hari lalu berikutan faktor cuaca tidak menentu terutama hujan setiap hari.


Di sebalik segalanya, Mat Sentol atau nama sebenarnya, Abdul Rashid Yahaya, yang kini terbaring, tetap bertenaga kerana masih berselera makan dan dijaga dengan baik oleh anak lelakinya, Roslee Rashid, 61 tahun.

Ketika dihubungi Harian Metro baru-baru ini, Roslee berkata beliau amat menjaga pemakanan harian bapanya dengan memastikan penyediaan makanan berkhasiat yang dapat membentuk tenaga dan menolak hidangan berminyak.


“Bapa saya sekarang sangat berumur dan uzur. Jadi, saya kena pastikan pemakanan hariannya berkhasiat agar dia ada tenaga menggerakkan badan walaupun terbaring. Alhamdulillah, setakat ini kesihatannya okey.

“Cuma, faktor cuaca tidak menentu akibat hujan setiap hari ketika ini, bapa ada kurang sihat sedikit. Tapi, dia masih mahu makan dan saya masakkan hidangan yang sesuai mengikut saranan pakar pemakanan,” ujarnya.

Roslee berkata beliau memasak sendiri hidangan untuk bapanya dengan menggunakan produk makanan berkhasiat seperti minyak omega yang dilengkapi vitamin.

“Saya pastikan bapa makan sayur-sayuran, ikan, roti tanpa ragi, sup tulang yang diambil sup saja campur nasi, kemudian kisar hingga lumat. Semua makanan bapa kena kisar dulu untuk mudah dimakan.

“Setakat ini, selera makan bapa saya sangat bagus. Dia paling suka makan pisang dikisar.

“Saya juga pastikan saya bawa bapa keluar bersiar-siar kerana dia suka berjalan-jalan dan tak mahu berkurung di rumah saja,” katanya.

Ditanya juga mengenai kewangan, Roslee berkata bapanya menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 ($143.31) manakala barangan keperluan kesihatan seperti susu formula, vitamin, lampin pakai buang dan sebagainya diperoleh daripada baitulmal.

“Setakat ini, bantuan yang diterima bapa saya daripada JKM dan baitulmal sangat membantu kami. Malah, kalau ada kurang pun (kewangan) saya sendiri akan usaha cari untuk tambahan kerana rezeki Allah sangat luas.

“Walaupun keadaan saya ini boleh dikatakan ‘warga emas jaga warga emas’, saya okey dan rasa masih kuat lagi demi bapa saya. Sebagai anak, saya akan usaha memberi keselesaan kepadanya.

“Jadi, soal bantuan sebenarnya saya tidak mahu meminta-minta. Kalau ada pihak nak beri sumbangan untuk bapa, saya terima. Jika tiada, tidak mengapa sebab faham situasi ekonomi sekarang.

“Tapi, setakat ini bantuan yang bapa saya terima daripada kerajaan, manakala menerusi persatuan seni rasanya belum ada lagi. Bapa saya juga tidak menerima wang pencen daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT),” katanya.

Terdahulu, Mat Sentol cukup dikenali sebagai pelawak dan pelakon sejak era 1950-an.

Beliau pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic.


Beliau juga boleh dianggap pengasas kerja kesan khas dalam filem klasik Melayu.

Kini menetap di Larkin, Johor, seniman berkaliber ini juga pernah aktif menyumbangkan suaranya dalam penyiaran iklan televisyen dan radio bagi jenama kudapan Jojo, Tora, coklat Ding Dang dan kek Apollo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >