Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mat Sentol terima Anugerah Kehormat Permata Dunia

Dec 3, 2023 | 1:55 PM
ANUGERAH BUAT MAT SENTOL: Pelawak veteran Mat Sentol (kanan) disampaikan dengan Anugerah Kehormat Permata Dunia sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU). Cucunya, Cik Ain Akashah Rosarif, yang pernah  berlakon dalam iklan, antaranya Tora dan Dendang Datang Lagi bersama datuknya itu mewakili beliau dalam menerima anugerah berkenaan.
ANUGERAH BUAT MAT SENTOL: Pelawak veteran Mat Sentol (kanan) disampaikan dengan Anugerah Kehormat Permata Dunia sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU). Cucunya, Cik Ain Akashah Rosarif, yang pernah  berlakon dalam iklan, antaranya Tora dan Dendang Datang Lagi bersama datuknya itu mewakili beliau dalam menerima anugerah berkenaan. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

CYBERJAYA: Pelawak veteran sejak era 1950-an, Mat Sentol, 90 tahun, yang cukup dikenali dengan watak Mat Bond, pada 3 Disember menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU).

Anugerah disampaikan Canselor MMU, Tun Zaki Azmi kepada wakil pelakon dengan nama sebenar, Abdul Rasip Yahya itu, iaitu cucunya, Cik Ain Akashah Rosarif yang hadir ditemani suami, Encik Alif Najmi Hashim, 24 tahun, dan ibu, Cik Zaity Arfah Yunos, 49 tahun.

“Saya sangat bangga dengan anugerah diberikan kepada datuk kerana ia pengiktirafan sangat tinggi kepadanya sepanjang berada dalam dunia seni. Sepatutnya bapa mewakili datuk menerima anugerah ini, tapi dia tak dapat hadir kerana tak sihat,” kata Ain Akashah, 26 tahun, kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Menurutnya, beliau terkejut apabila dihubungi bapa saudara, Encik Roslee Rashid, 61 tahun, yang menetap di Johor pada Selasa lalu, memintanya mewakili keluarga untuk menerima anugerah itu.

“Kami terharu kerana walaupun datuk sudah tak aktif dalam bidang seni kerana sudah berumur dan uzur, masih ada pihak mengingatinya. Terima kasih MMU atas penganugerahan ini yang dapat dijadikan kenangan kepada ahli keluarga lain dalam mengenang usaha dan kegigihan datuk sepanjang terbabit dalam bidang seni,” katanya.

Cik Ain Akashah yang juga pernah berlakon dalam iklan, antaranya Tora dan Dendang Datang Lagi bersama datuknya, berkata beliau dan Mat Sentol sangat rapat serta sering bertukar pendapat mengenai seni dan kerjaya.

“Datuk pernah memberi nasihat agar saya tidak menceburi bidang seni sekiranya mahu hidup senang,” katanya yang memandang tinggi kreativiti Mat Sentol dalam menghasilkan beberapa filem seperti Mat Bond dan Mat Magic ketika tiada teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) seperti hari ini,” katanya lagi. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg