Syarikat makanan tempatan, Melvados dan Nutriient, melancarkan beberapa pencuci mulut sihat baru, ‘Better For You’ dengan dua produk pertama mereka, brownies dengan indeks glisemik (GI) rendah dan biskut cip coklat rendah gula yang boleh dinikmati pesakit kencing manis.
Ini sesuai dengan kadar kencing manis yang tinggi di Singapura.
Kedua-dua hidangan manis itu dibuat dengan resipi asli Melvados yang lazat dan campuran pengganti gula GI rendah oleh Nutriient.
Produk tersebut mempunyai paras gula yang rendah, menjadikannya alternatif yang lebih sihat daripada snek biasa, dan selamat untuk dinikmati oleh pesakit kencing manis.
Rasa brownie menawarkan kontras coklat gelap, yang dianggap sebagai jenis coklat yang lebih premium dan kacang walnat serta badam kisar yang rangup.
Rasa coklat yang sangat menyelerakan juga terdapat dalam biskut cip coklat rendah gula. Serbuk koko yang kaya memberikan rasa lemak kepada biskut itu.
Brownie dengan GI rendah menawarkan sehingga 8.1 gram protein dan 4.7 gram serat setiap hidangan satu keping dan tiada pengawet tiruan digunakan.
Sementara itu, biskut cip coklat mempunyai hanya 31.4g gula, 2.8 gram protein dan 2.3 gram serat dalam setiap hidangan 40 gram paket.
Berbanding coklat berganda tradisional Melvados, gabungan bahan pracampuran Nutriient telah menghasilkan 25 peratus kurang gula, 50 peratus lebih serat makanan dan 15 peratus lebih protein.
Brownie bukan sahaja padat dengan protein dan serat, malah produk ini juga boleh diterapkan dengan mudah ke dalam pelan diet mesra kencing manis kerana ia tidak menyebabkan paras gula dalam darah seseorang meningkat.
Produk brownie berharga $15.50 untuk pek berisi 4 biji; dan $38 untuk pek berisi 10 biji; manakala biskut cip coklat berharga $2.90 setiap pek.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg