Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Enaknya makan pisang goreng salai dengan sambal kicap

Aug 19, 2023 | 5:30 AM
RAJA PISANG: Encik Aziz Junid, pemilik gerai terkenal dengan pisang goreng dihiris nipis, hanya mendengar bunyi minyak dalam kuali untuk tahu jika goreng pisang itu sudah siap.
RAJA PISANG: Encik Aziz Junid, pemilik gerai terkenal dengan pisang goreng dihiris nipis, hanya mendengar bunyi minyak dalam kuali untuk tahu jika goreng pisang itu sudah siap. - Foto BH oleh DAHLIA ZULKIFLI

Pisang goreng kepok manis yang dihiris nipis, ringan dan rangup dinikmati dengan cecahan kicap pedas merupakan keistimewaan Gerai Aziz Pisang Goreng Salai di Blok 138, Tampines Street 11.

Pisang goreng salai yang dipotong serong lima kali menarik pelanggan sejauh Woodlands dan Jurong ke gerainya di Tampines.

“Pelanggan sering berkata apabila mereka cuba pisang goreng kami, ia seolah-olah mereka tak boleh berhenti makan. Pisang goreng itu dipotong supaya ia lebih senang dimakan dan ia merupakan yang paling popular,” kata pemilik gerai, Encik Aziz Junid, 65 tahun.

“Saya sering mengingatkan kepada pelanggan jangan makan pisang goreng itu dulu. Dengan sekelip mata, ia akan habis sebelum sampai ke rumah,” tambahnya.

Di gerainya itu, Encik Aziz juga menjual makanan gorengan lain seperti pisang tanduk goreng, cempedak goreng, ubi kayu goreng dan sukun goreng.

“Jika pisang goreng itu disimpan buat satu hingga dua hari, rasanya akan sama dan tetap garing selepas dipanaskan semula.”

Dalam sehari, Encik Aziz menjual sekitar 100 kilogram pisang dan lebih pada hujung minggu.

Antara kepakaran Encik Aziz ialah beliau akan mengenal pasti sama ada pisang itu sudah siap untuk disajikan hanya dengan mendengar bunyi minyak dalam kuali.

Setelah pisang dimasukkan ke dalam minyak, ia ibarat bunyi hujan lebat. Tanda pisang goreng itu sudah masak sepenuhnya dan garing ialah bunyi minyak itu seperti hujan yang semakin reda.

“Selain mendengar bunyi minyak dalam kuali, pisang itu akan timbul dan ia lebih ringan.”

Beliau yang telah meniaga hidangan pisang goreng dengan resipi abangnya sejak 20 tahun itu menjual pisang goreng mengikut berat timbangan pisang goreng tersebut.

Setiap 100 gram dijual pada harga $2 dengan cecahan kicap pedas.

“Kami tidak pernah menaikkan harga pisang goreng kami, walaupun harga bahan semakin meningkat.

“Semua pelanggan kami setia membeli pisang goreng kami dan saya memegang kepada prinsip demi menjual dengan hati yang ikhlas dan bukan disebabkan duit.”

Alamat: Kedai Kopi Kim San Leng, Blok 138, Tampines Street 11, #01-148

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 7 malam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg