Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

K-DRAMA

Mencari erti kebahagiaan dalam krisis kesihatan

Tiga pelakon drama Korea, 'Happiness', kongsi pengalaman jayakan kisah perjuangan manusia harungi norma baru
Dec 22, 2021 | 05:30 AM



NIKMAT kebahagiaan itu ingin dirasakan semua orang meskipun hidup dalam sekitaran di mana virus menular menjadi satu norma baru yang harus dijalani dengan semangat waja.



Malahan, bebanan yang dirasakan dalam penyeksaan wabak yang memudaratkan lagi pesat menular membuatkan sekumpulan penduduk di sebuah pangsapuri baru menjadi begitu takut dan sangsi dengan satu sama lain.



Inilah teras drama Korea 12 episod, Happiness, yang menemui anda di saluran tvN hari ini dan esok dalam satu siaran maraton mulai 12.15 tengah hari.



Beberapa soalan telah diajukan Berita Harian kepada tiga pelakon utamanya, Han Hyo-Joo, 34 tahun, Park Hyung-Sik, 30 tahun dan Jo Woo-Jin, 42 tahun.



Han adalah Yoon Sae-Bom, anggota skuad polis khas yang cekal, mudah membuat keputusan dan tidak mudah melatah. Dia penduduk pangsapuri itu yang teruja memiliki rumah sendirinya tetapi dilanda krisis virus yang menjejas kehidupannya.



Park pula adalah detektif Jung Yi-Hyun yang bijak dan jujur. Dia sudah lama menaruh hati pada Yoon.



Jo pula adalah leftenan kolonel, Han Tae-Seok, yang bertugas di jabatan khidmat kesihatan serta memegang kunci pada segala aspek A hingga Z mengenai penularan wabak virus berbahaya ini.



Ikuti soal jawab bersama mereka.



Soalan (S): Jelaskan mengenai watak yang anda bawakan. Apakah yang anda paling gemari mengenai peranan anda ini?



Han: Yoon Sae-bom adalah wanita berani, jujur dan bercita-cita tinggi. Ada daya penarik pada peribadinya. Dia bertindak tangkas, kadangkala bertindak lebih cepat daripada daya fikirannya.



Saya sukakan cara dia dengan rela hati bergerak pantas tanpa berfikir dua tiga kali mengenai langkah susulannya.



Saya selesa membawa wataknya sebab peribadi kami agak sama. Tak perlu nak jadi orang lain. Datang ke set sahaja, saya langsung jadi Sae-bom.



Park: Jung Yi-Hyun memiliki ketenangan dan ramah orangnya. Sebagai teman, dia sangat penyayang dan ambil berat berbanding teman lain. Saya sukakan personalitinya yang baik budi.



Dia adalah bintang besbol di sekolahnya dan kini seorang detektif. Kerana wataknya adalah sebagai jejaka yang melindungi orang lain, dia tidak seharusnya nampak lemah. Maka, saya perlu cergaskan tubuh saya bagi peranan ini.



Jo: Han Tae-seok adalah watak yang ingin saya hidupkan dalam diri saya. Saya ingin belajar banyak daripadanya.



Sebabnya, dia seorang pegawai yang tenang apabila menangani isu tertentu dan jelas serta memahami situasi untuk mencari huraian pada apa jua permasalahan.



Dia berjiwa kemanusiaan kepada mereka yang rapat dengannya. Orangnya cekal sebagai ketua keluarga. Nampak sahaja macam tiada ekspresi pada wajahnya di awal drama ini.



Namun pada akhirnya, kejujurannya yang berpihak pada kebenaran dan personalitinya mula menampakkan perkembangan di penghujung drama ini. Moga anda dapat melihatnya sebagai insan berjiwa besar.



S: Apakah yang buat anda tertarik membintangi 'Happiness'?



Han: Skripnya sangat menarik. Bahagian pertamanya mudah dibaca lantas memberi saya keyakinan.



Watak Sae-bom dalam skrip ini juga sama dengan diri saya. Mudah nak serap watak ini kerana persamaannya adalah dari segi usia dan personaliti. Saya yakin dapat berikan paparan realistik.



Saya juga sukakan kerjasama dan sinergi antara pengarah Ahn Gil-ho dan penulis skrip, Han Sang-woon.



Park: Kandungan drama ini menyegarkan dan menarik. Paling membuat saya tertarik menerima tawaran berlakon dalam drama ini adalah penulis skrip, pengarah dan barisan pelakonnya. Tiada sebab untuk saya menolak rezeki menjayakan drama ini.



Saya dapati cara watak dalam drama ini memberikan ekspresi dan luahan rasa mereka berbeza. Begitu juga perkembangan plotnya yang sangat berlainan daripada drama yang ada kini.



Jo: Apabila menerima tawaran berlakon dalam drama ini, saya berasakan bagus ya kalau dapat berlakon dengan pelakon lain selain skripnya yang menarik.



Seperti tajuknya Happiness, saya ingin rasakan kegembiraannya di set.



S: Apakah babak paling mencabar atau menggembirakan buat anda? Apakah pesanan yang anda harap penonton dapat raih daripada menonton drama ini?



Han: Pada hari saya menjalani penggambaran dengan Lee Kyu-hyung, kami perlu menggunakan topi keledar dan seragam tentera sambil membawa senapang dan bom asap. Babak itu sangat memenatkan secara fizikal. Namun, kerana menjalani penggambaran ini cukup menyeronokkan, saya pun lupakan kepenatan saya.



Saya harap penonton dapat amati pelbagai cara mengatasi masalah sebagai antara intipati drama ini.



Anda akan lihat bagaimana lain orang mempunyai lain cara menghadapi krisis. Nampak menyeramkan tetapi kalau ada semangat membantu, segala bebanan jadi ringan.



Park: Terdapat banyak babak dramatik yang membuatkan saya rasakan tenaga luar biasanya sepanjang penggambaran. Semua pelakonnya memiliki kemahiran yang hebat serta semangat kerjasama yang padu.



Secara konsisten, kami bawakan pesanan tentang cinta pada kemanusiaan. Dalam suasana yang menakutkan seperti penularan virus ini, kalau kita tidak pentingkan diri kita sendiri dan fikir untuk orang lain, kita akan dapat mengatasi tempoh pandemik ini. Sepanjang penggambaran ini, saya terasa ada harapan untuk kita di alam nyata mengatasi Covid-19.



Jo: Sebenarnya, watak saya tidak banyak berbicara. Kebanyakan masa dia berseorangan. Ia membuatkan saya rasa kesunyian.



Justeru, dalam babak di mana saya dapat bertemu penduduk pangsapuri itu, itulah satu ketika di mana saya dapat bertemu beberapa pelakon lain yang sudah lama tidak saya temui. Itulah babak paling menyeronokkan. Dapat bersua empat mata dengan mereka sudah cukup menggembirakan.



Bagi saya, pesanan utama buat penonton fikirkan adalah apabila norma baru menjadi perkara biasa, apakah kehidupan biasa yang kita rindui, apakah kriteria kegembiraan buat kita yang kita sudah lupakan?



  • Maraton drama Happiness disiarkan di saluran tvN mulai 12.15 tengah hari, hari ini dan esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >