Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mengapa 5 aktres enggan dipasangkan dengan Salman?

Sep 25, 2023 | 5:30 AM
SALMAN KHAN: Mungkin hebat di mata pengarah dan penonton tetapi tidak disenangi beberapa pelakon perempuan seangkatan atau lebih muda.
SALMAN KHAN: Mungkin hebat di mata pengarah dan penonton tetapi tidak disenangi beberapa pelakon perempuan seangkatan atau lebih muda. - Foto AFP
BEKAS KEKASIH: Aishwarya Rai (kanan) dianggap gandingan serasi Salman Khan dalam filem tetapi selepas mereka putus cinta, tiada lagi peluang melihat mereka bekerjasama atas permintaan Aishwarya.
BEKAS KEKASIH: Aishwarya Rai (kanan) dianggap gandingan serasi Salman Khan dalam filem tetapi selepas mereka putus cinta, tiada lagi peluang melihat mereka bekerjasama atas permintaan Aishwarya. - Foto ZEE REVIEW
DEEPIKA PADUKONE: Tolak lima tawaran bekerjasama dengan Salman kerana menganggap pelakon itu tidak menghormati suaminya, Ranveer Singh.
DEEPIKA PADUKONE: Tolak lima tawaran bekerjasama dengan Salman kerana menganggap pelakon itu tidak menghormati suaminya, Ranveer Singh. - Foto AFP

Walaupun ramai sedia maklum bahawa pelakon Bollywood, Salman Khan, adalah bintang sensasi dan ikonik dalam industri filem India dengan jaminan setiap kerja seni yang dijayakannya akan menjadi filem hit, ada juga pelakon wanita yang enggan bekerjasama dengannya.

Laman web, PostToast menyenaraikan beberapa nama pelakon wanita yang akan memberontak jika dipasangkan dengan Salman, 57 tahun, atas sebab-sebab peribadi.

SONALI BENDRE

Pelakon cantik ini menjadi kegilaan ramai penerbit dan pengarah pada 1990-an. Sonali, kini 48 tahun, pernah berurusan rapat dalam beberapa filem bersama Salman. Bagaimanapun, beliau mula menjauhkan diri daripada pelakon sasa itu dan enggan bergandingan lagi dengannya kerana beberapa kontroversi yang dikaitkan dengan Salman. Khususnya apabila Salman terlibat dalam kes pemburuan haram haiwan sehingga Sonali rasa ini bukan hero yang harus dijadikan pasangan layar.

AISHWARYA RAI

Aishwarya, 49 tahun, adalah bekas temanita Salman. Mereka dianggap pasangan Bollywood popular dan paling serasi. Selepas menjayakan filem Hum Dil De Chuke Sanam pada 1999, mereka putus hubungan. Sejak itu, Aishwarya enggan ada kena-mengena dengan Salman termasuk dalam filem. Beliau mengundurkan diri daripada filem Chalte Chalte kerana enggan berurusan dengan bekas kekasihnya itu. Pihak penerbit kemudian menggandingkan Shah Rukh Khan dan Rani Mukerji bagi filem itu.

URMILA MATONDKAR

Selepas berpasangan dengan Salman Khan dalam filem Janam Samjha Karo yang mendak dari segi kutipan ‘box-office’, Urmila, 49 tahun, tidak sudi bekerja dengan Salman lagi.

DEEPIKA PADUKONE

Bukan sekali tetapi lima kali Deepika, 37 tahun, menolak tawaran berlakon dalam filem yang menggandingkannya dengan Salman.

Nama Deepika naik dalam filem seperti Om Shanti OmPadmavat, Bajirao Mastani dan Chennai Express. Sungguhpun begitu, Deepika dikatakan tidak sanggup berlakon dengan legenda Bollywood yang suka merendah-rendahkan kebolehan suami Deepika, Ranveer Singh. Sejak itu, baginya, tak perlulah berlakon sama dengan Salman.

TWINKLE KHANNA

Kerjaya lakonan Twinkle, 48 tahun, kini seorang penulis, mungkin singkat sahaja. Namun, apabila berganding dengan Salman bagi filem Jab Pyaar Kaise Hota Hai, mereka dianggap sebagai pasangan layar yang ideal. Hanya setelah bekerjasama bagi Chal Mere Bhai pada 2000, Twinkle enggan lagi berurusan banyak dengan Salman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg