Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menu Hari Kebangsaan Swensen’s buat rambang mata

Aug 5, 2023 | 5:30 AM
MENU HARI KEBANGSAAN: Restoran Swensens menghidangkan empat sajian baru iaitu Burger Nasi Lemak, Linguine Laksa Kering, Ayam Goreng Sos Telur Asin dan minuman Pandan Kaya Cloud sempena Hari Kebangsaan 2023.
MENU HARI KEBANGSAAN: Restoran Swensens menghidangkan empat sajian baru iaitu Burger Nasi Lemak, Linguine Laksa Kering, Ayam Goreng Sos Telur Asin dan minuman Pandan Kaya Cloud sempena Hari Kebangsaan 2023. - Foto BH oleh KHALID BABA

Swensen’s, kedai aiskrim dan restoran kegemaran ramai, meraikan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-58 dengan menu lazat dan patriotik yang pasti memikat selera dan menimbulkan rasa bangga terhadap negara.

Dengan pelbagai hidangan yang menggambarkan cita rasa tempatan, Swensen’s telah mencipta sajian unik untuk menyambut peristiwa bersejarah ini.

Sementara negara ini meraikan kekayaan warisan dan kepelbagaian budaya, Swensen’s memberi penghormatan pada menu yang menyatukan cita rasa klasik Singapura dan inovasi moden. Justeru, semuanya disajikan dengan sentuhan nostalgia mengikut cita rasa rakyat Singapura.

AYAM GORENG SOS TERLUR ASIN: Perisa hidangan ini sangat dekat dengan hati rakyat Singapura.
AYAM GORENG SOS TERLUR ASIN: Perisa hidangan ini sangat dekat dengan hati rakyat Singapura. - Foto BH KHALID BABA

Sebagai pembuka selera, pengunjung boleh mencuba ayam goreng sos telur asin ($8.80) di mana perisanya sangat dekat dengan hati rakyat Singapura. Ini satu hidangan yang baik untuk pembuka selera kerana ayamnya rangup dan diselaputi sos telur asin. Rasa lemak, pedas dari cili padi serta daun karinya juga semerbak harum.

BURGER NASI LEMAK: Memberikan sajian tradisional dengan sentuhan Barat, hidangan popular ini kembali lagi tahun ini.
BURGER NASI LEMAK: Memberikan sajian tradisional dengan sentuhan Barat, hidangan popular ini kembali lagi tahun ini. - Foto BH oleh KHALID BABA

Hidangan popular Burger Nasi Lemak ($15.80) kembali sekali lagi tahun ini dengan ciri-ciri yang diperbaiki.

Peha ayam yang rangup dijadikan pati, disusun antara roti brioche yang dipanggang dan disapu dengan sos coco-mayo (sos mayonnaise berperisa kelapa).

Burger itu juga mengandungi timun, telur rebus yang dihiris dan sambal nasi lemak.

Walaupun diberikan ‘twist’ fusion di mana hidangan tradisional nasi lemak ini di susun sebagai burger, hidangan itu berjaya mengimbangkan ciri-ciri sajian gabungan tradisional dan moden, di mana burger itu dilengkapi dengan ikan bilis dan kacang tanah serta kentang goreng.

LINGUINE LAKSA KERING: Aroma hidangan pasta ini sangat harum dan menyelerakan serta dihidang bersama dua udang harimau dan taburan daun kesum.
LINGUINE LAKSA KERING: Aroma hidangan pasta ini sangat harum dan menyelerakan serta dihidang bersama dua udang harimau dan taburan daun kesum. - Foto BH oleh KHALID BABA

Satu lagi hidangan utama yang disajikan Swensen’s ialah pasta Linguine Laksa Kering ($15.80), sajian fusion yang harum dengan rempah ratusnya.

Aroma hidangan ini sungguh menyelerakan dengan keharuman taburan daun kesum, yang lazimnya didapati dalam laksa.

Rasanya lemak dan tidak pedas, disajikan dengan dua udang harimau yang segar, hirisan kek ikan dan tahu kering.

PANDAN KAYA CLOUD: Minuman pandan blend ais yang menyegarkan dalam cuaca panas di Singapura.
PANDAN KAYA CLOUD: Minuman pandan blend ais yang menyegarkan dalam cuaca panas di Singapura. - Foto oleh SWENSENS

Bagi menyejukkan diri dalam panas tropika Singapura, Swensen’s menawarkan minuman ‘Pandan Kaya Cloud’ ($5.80). Air pandan ini harum dan menyegarkan serta ditaburkan dengan hiasan kelapa dan juga mengandungi boba gula perang.

BURGER AISKRIM: Kelihatan seperti burger, filet ini adalah aiskrim yang disiram dengan sos ‘butterscotch’ dan diletakkan antara dua roti brichoe.
BURGER AISKRIM: Kelihatan seperti burger, filet ini adalah aiskrim yang disiram dengan sos ‘butterscotch’ dan diletakkan antara dua roti brichoe. - Foto BH oleh KHALID BABA

Bagi melengkapi sajian anda, Swensen’s menyediakan pencuci mulut berupa burger aiskrim ($12.80). Hidangan ini merupakan roti brioche dengan aiskrim vanila yang disiram sos butterscotch.

Menu Hari Kebangsaan Swensen‘s akan disediakan dari 14 Julai hingga 30 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg