Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sajian ‘twist’ Padang

Jul 28, 2023 | 6:30 PM
BERANEKA HIDANGAN FUSION: Nikmati hidangan fusion makanan Padang di 2 Jalan Klapa, kafe terbaru The Padangton
BERANEKA HIDANGAN FUSION: Nikmati hidangan fusion makanan Padang di 2 Jalan Klapa, kafe terbaru The Padangton - Foto BH oleh KHALID BABA

Nikmati sajian Padang dengan ‘twist’ unik yang dihidangkan oleh The Padangton!

Menawarkan sajian yang mendapat cetusan inspirasi daripada makanan Padang, ini adalah antara hidangan yang anda harus cuba di kafe The Padangton di 2 Jalan Klapa.

RENDANG PADANGTON: Pastri berkelopak ini diisikan dengan rendang Padang, penuh perisa dan sarat isi dagingnya.
RENDANG PADANGTON: Pastri berkelopak ini diisikan dengan rendang Padang, penuh perisa dan sarat isi dagingnya. - Foto BH oleh KHALID BABA.

Mengambil ilham daripada daging Wellington, kafe ini telah menggantikan inti pati hidangan itu kepada isi rendang Padang, maka tercipta istilah Padangton! Hidangan Padangton ($14.50) ditawarkan pilihan daging atau ayam. Rasa rendangnya bukan seperti rendang biasa, ia manis dan rempahnya lebih kuah. Rasanya agak berbeza. Dagingnya juga direbus empuk dan sangat lembut. Roti pastrinya berkelopak, garing dan amat berlemak.

LAMB SHANK RENDANG PADANGTON: Mencuba rendang Padang dengan daging anak kambing biri-biri di The Padangton.
LAMB SHANK RENDANG PADANGTON: Mencuba rendang Padang dengan daging anak kambing biri-biri di The Padangton. - Foto BH oleh KHALID BABA

Bagi penggemar hidangan ‘lamb shank’, The Padangton menawarkan rendang ‘lamb shank’ ($27), di mana isi utamanya adalah anak kambing biri-biri. Dengan rebusannya yang lama, isinya lembut dan apabila anda cuba menarik keluar tulang daripada roti pastri, isinya akan tetap kekal di dalam pastri dan hanya tulang yang akan diperolehi. Hidangan ini walaupun nampak kecil, isinya juga penuh dan sesuai untuk dikongsi.

PULUT SUSYI RENDANG PADANG: Pulut kuning yang membalut rendang Padang, dinikmati bersama serunding Padang dan sambal ‘ijo’.
PULUT SUSYI RENDANG PADANG: Pulut kuning yang membalut rendang Padang, dinikmati bersama serunding Padang dan sambal ‘ijo’. - Foto BH oleh KHALID BABA

Pulut kuning yang sentiasa dilihat di majlis ataupun acara khas kini boleh dinikmati bila-bila masa di The Padangton. Menggayakan pulut kuning sebagai susyi, intinya selain harus dicecah kuah hidangan itu menggulung pulut, dan intinya, iaitu rendang Padang di tengah. Pulut Susyi Rendang ($12) ditabur serunding Padang di atas untuk perisa tambahan. Menemani hidangan itu adalah sambal ‘ijo’, umpama ‘wasabi’ – iaitu lobak pedas Jepun. – NUR SYUHRAH HASSAN

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg