Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menu istimewa sempena perayaan hujung tahun

Promosi istimewa restoran setempat untuk hidangan bufet, pencuci mulut yang direka khas
Dec 7, 2024 | 5:30 AM
Menikmati pelbagai produk dan menu khas sempena perayaan hujung tahun.
Menikmati pelbagai produk dan menu khas sempena perayaan hujung tahun. - Foto PARKROYAL COLLECTION MARINA BAY

Restoran halal setempat memperkenalkan beberapa produk dan menu baru istimewa sempena musim perayaan hujung tahun.

Daripada hidangan bufet kepada pencuci mulut direka khas, berikut antara promosi istimewa pada hujung 2024.

Peppermint, PARKROYAL COLLECTION Marina Bay

Sturgeon Caviar Station dari restoran Peppermint.
Sturgeon Caviar Station dari restoran Peppermint. - Foto PARKROYAL COLLECTION MARINA BAY
Salmon Wellington dari restoran Peppermint ialah ikan salmon dibalut dengan pastri, disajikan bersama yuzu dan sos kaviar salai.
Salmon Wellington dari restoran Peppermint ialah ikan salmon dibalut dengan pastri, disajikan bersama yuzu dan sos kaviar salai. - Foto PARKROYAL COLLECTION MARINA BAY

Nikmati jamuan perayaan bersama rakan-rakan dan keluarga di restoran Peppermint.

Antara hidangan istimewa ialah Salmon Wellington, iaitu ikan salmon dibalut dengan pastri, disajikan bersama yuzu dan sos kaviar salai.

Selain itu, stesen yang menghidangkan sajian kaviar (telur ikan premium) mewah turut disediakan, dipadankan dengan makanan laut salai dan galette (sejenis pastri) kentang.

Promosi berlangsung dari 19 November 2024 hingga 1 Januari 2025 bermula daripada $72++ untuk bufet makan tengah hari dan $98++ untuk bufet makan malam.

Alamat: 6 Raffles Boulevard, Level 4 PARKROYAL COLLECTION Marina Bay, Singapura 039594

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (termasuk cuti umum), 12 tengah hari hingga 3 petang (makan tengah hari), dan 6.30 petang hingga 10 malam (makan malam).

Mutiara Seafood

Menu perayaan Mutiara Seafood.
Menu perayaan Mutiara Seafood. - Foto MUTIARA SEAFOOD

Mutiara Seafood memperkenalkan menu perayaan hujung tahun dengan hidangan inovatif makanan laut.

Ini termasuk Rambutan Ball ($16), bebola dengan gabungan unik perisa manis bersama udang dan sotong.

Satu lagi ialah Cheese Pull Seafood Donut ($16) iaitu donat mengandungi keju mozarela dan campuran makanan laut.

Alamat: 1 Engku Aman Turn, Wisma Geylang Serai, Singapura 408528

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (termasuk cuti umum), 11 pagi hingga 3 petang (makan tengah hari), dan 5.30 petang hingga 10 malam (makan malam).

Ginger, PARKROYAL on Beach Road

Daging kambing, Australian Lamb Chop, dari restoran Ginger.
Daging kambing, Australian Lamb Chop, dari restoran Ginger. - Foto PARKROYAL ON BEACH ROAD
Hidangan udang karang, Trio Cheese Baked Boston Lobster, dari restoran Ginger.
Hidangan udang karang, Trio Cheese Baked Boston Lobster, dari restoran Ginger. - Foto PARKROYAL ON BEACH ROAD

Bagi bufet perayaan akhir tahun dengan sentuhan klasik, restoran Ginger menyajikan hidangan daging dan makanan laut seperti daging kambing, Australian Lamb Chop dan udang karang, Trio Cheese Baked Boston Lobster.

Promosi ini berlangsung dari 1 Disember 2024 hingga 1 Januari 202, dengan harga bermula daripada $58++ untuk bufet makan tengah hari dan $78++ untuk bufet makan malam

Alamat: 7500 Beach Road, PARKROYAL on Beach Road, Singapura 199591

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (termasuk cuti umum), 12 tengah hari hingga 2.30 petang (makan tengah hari), dan 6 petang hingga 10 malam (makan malam).

The Buffet Restaurant, M Hotel Singapore

Hidangan ‘hotpot’ di M Hotel Singapore baru.
Hidangan ‘hotpot’ di M Hotel Singapore baru. - Foto M HOTEL SINGAPORE

M Hotel Singapore menawarkan hidangan bufet hotpot dengan sup baru, Hae! Prawn Broth, iaitu sup udang yang direbus selama beberapa jam sebelum dihidangkan.

Bufet makan tengah hari di sana turut menampilkan pelbagai hidangan padang yang unik sempena musim perayaan.

Untuk hidangan bufet makan tengah hari, terdapat sajian seperti, Grilled Salmon on Hotplate with House Sambal, iaitu ikan salmon panggang yang dihidangkan di atas plat panas, berserta sambal yang unik.

Promosi berlangsung dari 15 November 2024 hingga 1 Januari 2025, dengan harga bermula daripada $39++ untuk bufet makan tengah hari dan $59++ untuk bufet makan malam.

Alamat: 81 Anson Road, Level 2, Singapura 079908

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (termasuk cuti umum), 12 tengah hari hingga 2.30 petang (makan tengah hari), dan 6 petang hingga 10 malam (makan malam).

21 on Rajah, Aloft Singapore Novena

21 on Rajah menghidangkan jamuan khas sempena musim perayaan akhir tahun.
21 on Rajah menghidangkan jamuan khas sempena musim perayaan akhir tahun. - Foto ALOFT SINGAPORE NOVENA

Restoran, 21 on Rajah, menyajikan pelbagai hidangan kegemaran semasa musim perayaan hujung tahun.

Ia termasuk hidangan dari 20 negara berbeza seperti, Classic Slow-Cooked Whole Turkey with Christmas Nut Stuffing dari Amerika, iaitu ayam belanda disumbat kekacang, serta Seafood Paella Velenciana, iaitu nasi berperisa safron yang dimasak dengan makanan laut dari Sepanyol.

Promosi berlangsung dari 15 November 2024 hingga 1 Januari 2025 bermula daripada $52++ untuk bufet makan tengah hari dan $68++ untuk bufet makan malam.

Alamat: 1 Jalan Rajah, Aloft Singapore Novena, East Wing, Singapura 329133

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (termasuk cuti umum), 12 tengah hari hingga 3 petang (makan tengah hari), dan 6 petang hingga 10 malam (makan malam)

Shiok Kitchen Catering

‘Sambal Rojak Glazed Turkey Ham’ ($88+) dari Shiok Kitchen Catering.
‘Sambal Rojak Glazed Turkey Ham’ ($88+) dari Shiok Kitchen Catering. - Foto SHIOK KITCHEN CATERING
Pencuci mulut, ‘Kaya Bread & Butter Pudding’ with ‘Teh C’ Crème Anglaise ($32) dari Shiok Kitchen Catering.
Pencuci mulut, ‘Kaya Bread & Butter Pudding’ with ‘Teh C’ Crème Anglaise ($32) dari Shiok Kitchen Catering. - Foto SHIOK KITCHEN CATERING

Raikan hujung tahun di rumah dengan menu perayaan dari Shiok Kitchen Catering, yang diinspirasi berdasarkan cita rasa autentik Singapura.

Pesonakan tetamu dengan hidangan rojak, Sambal Rojak Glazed Turkey Ham ($88+) dan Rojak Fruit Salad.

Akhiri makan malam dengan pencuci mulut roti puding, Kaya Bread & Butter Pudding ($32) yang dilengkapi dengan ‘Teh C’ Crème Anglaise, iaitu kastard yang berperisa teh-c.

Promosi berlangsung dari 2 Disember 2024 hingga 31 Disember 2024

Pemesanan boleh dibuat secara dalam talian di https://shiokkitchencatering.com.sg/pages/christmas

Swensen’s

‘Christmas Meat Loaf’ ($55) dari Swensen’s.
‘Christmas Meat Loaf’ ($55) dari Swensen’s. - Foto SWENSEN’S
‘Winter Mont Blanc’ ($51) dari Swensen’s.
‘Winter Mont Blanc’ ($51) dari Swensen’s. - Foto SWENSEN’S

Swensen’s menawarkan pelbagai jenis hidangan perayaan untuk dibawa pulang.

Christmas Meat Loaf ($55) yang diperbuat daripada ayam dilengkapi sos bawang merah dan jeli kranberi merupakan salah satu hidangan istimewa sempena musim perayaan.

Selain itu, anda juga boleh menikmati kek aiskrim buah berangan terbaru mereka, Winter Mont Blanc ($51).

Promosi berlangsung dari 1 November 2024 hingga 5 Januari 2025

Délifrance

Délifrance menawarkan, Festive Mini Quiche, berperisa brokoli ayam, cendawan ‘truffle’, serta salmon dan daun ‘dill’.
Délifrance menawarkan, Festive Mini Quiche, berperisa brokoli ayam, cendawan ‘truffle’, serta salmon dan daun ‘dill’. - Foto DÉLIFRANCE
Délifrance menawarkan ‘Festive Mini Cakes berperisa Blue Pea White Peach’, ‘Honey Pear’, serta ‘Winter Berry dan Vanilla’.
Délifrance menawarkan ‘Festive Mini Cakes berperisa Blue Pea White Peach’, ‘Honey Pear’, serta ‘Winter Berry dan Vanilla’. - Foto DÉLIFRANCE

Délifrance menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut dan snek yang sesuai untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Assorted Festive Mini Quiche ($49.80 untuk 30 keping), ialah hidangan tart yang dilengkapi dengan brokoli ayam, cendawan truffle, serta salmon dan herba dilI.

Sebagai alternatif, terdapat Assorted Festive Mini Cakes ($88.80 untuk 30 keping), versi mini ‘log cake’ Délifrance dengan perisa Blue Pea White Peach, Honey Pear, serta Winter Berry dan Vanilla.

Promosi berlangsung dari 12 November 2024 hingga 1 Januari 2025.

Subway

‘Cranberry Turkey Sub’ ($9.50) dan ‘Cranberry Turkey Energy Bowl’ ($11.50) dari Subway.
‘Cranberry Turkey Sub’ ($9.50) dan ‘Cranberry Turkey Energy Bowl’ ($11.50) dari Subway. - Foto SUBWAY

Subway kini memperkenalkan siri, Cranberry Turkey, terhad mereka.

Nikmati pilihan seperti Cranberry Turkey Sub ($9.50), roti oat madu diisi dengan ketulan ayam belanda berserta sos kranberi pedas, keju dan sayur-sayuran segar rangup.

Hidangan ini memberi keseimbangan sempurna antara rasa masam dengan manis.

Selain itu, anda juga boleh memenuhi selera anda dengan hidangan berkhasiat dalam satu mangkuk, Cranberry Turkey Energy Bowl ($11.50).

Hidangan itu mengandungi ketulan ayam belanda nasi kubis bunga cendawan, jagung manis, tomato dan sayur-sayuran segar yang lain.

Bagi menjadikan jamuan lebih mudah, Subway turut menawarkan Christmas Special Catering Box ($79) yang merangkumi tiga 12 inci roti, satu Footlong Cranberry Turkey Sub dan dua Footlong Roasted Chicken Thigh Sub (paha ayam panggang).

KFC

‘Parmesan Truffle Chicken’ dari KFC.
‘Parmesan Truffle Chicken’ dari KFC. - Foto KFC

KFC mengembalikan, Parmesan Truffle Chicken ($4.60 ala carte), ayam yang disiram dengan sos keju berperisa truffle dan ditabur keju parmesan parut.

Kini, ayam itu boleh dipadankan dengan sonic seasoning khas, yang menggunakan teknik bunyian untuk meningkatkan rasa dan pengalaman makan pada musim perayaan.

Anda boleh mendengar melodi Jingle Your Tastebuds di Spotify sambil menjamu Parmesan Truffle Chicken untuk merasa sendiri perisa ‘umami’ yang kaya dalam hidangan itu.

KFC turut melancarkan pencuci mulut baru, Salted Caramel Mochi Ring ($2.30), sejenis donat kenyal yang menggabungkan rasa manis dan masin.

Promosi berlangsung dari 27 November 2024 hingga 1 Januari 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg