Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Menuju persaraan penuh makna

Dec 06, 2023 | 05:30 AM



Bukan mudah untuk bertahan bekerja di tempat yang sama bagi tempoh yang lama.

Justeru, melihat Cik Amanah Mustafi mampu bertahan selama 40 tahun bekerja di stesen televisyen sebagai penulis skrip dan akhirnya bersara pada 4 Disember, membuat penulis cemburu.

Yalah, beliau bersara hanya daripada menerima gaji bulanan.

Namun minatnya dalam bidang penulisan akan memasuki fasa baru kerana beliau kini mampu meneroka lebih banyak peluang untuk berkarya dan menyelami isu-isu yang mungkin sebelum ini terhalang kerana kekangan kerja.

Apabila kita bekerja kerana minat, semuanya menjadi lebih mudah, indah dan bermakna.

Justeru bersara dalam konteks ini tidak semestinya menghentikan kita daripada meneruskan minat, tetapi ia membawa kepada babak baru dalam kehidupan, yang sarat dengan peluang untuk mencapai kesejahteraan dan bermakna.

Benar, ramai di antara kita terlalu memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran di era persaraan sehingga melupakan peluang besar yang datang bersama fasa ini.

Penulis, The Measure of Our Age, Cik M.T. Connolly, dalam bukunya menekankan tentang kepentingan menjalani kehidupan dengan baik semasa fasa persaraan ini dan menghargai aspek terbaik tentang penuaan.


Peralihan daripada kehidupan yang berkaitan dengan kerjaya ke persaraan mungkin mengejutkan.

Bahkan meninggalkan wanita mencari makna hidup di luar tempat kerja. Tetapi di dalam peralihan ini terdapat peluang-peluang yang menanti untuk diterokai.

1. Temui semula hubungan

Setelah bersara, mungkin sukar untuk mewujudkan perasaan kekitaan dalam kumpulan teras sepertimana yang pernah ada semasa bekerja, kata Cik Connolly.

Namun mencari cara untuk terus berhubung adalah penting, terutamanya kerana ramai yang berasa terasing secara sosial.

Justeru penting untuk terus menjalinkan silaturahim dan hubungan sesama manusia termasuk dengan sahabat dan kenalan, bagi mengukuhkan kesihatan mental dan fizikal.

Ini juga boleh dilakukan dengan menyumbang masa sebagai sukarelawan menyertai kumpulan masyarakat atau terlibat dalam kegiatan yang memperkukuh ikatan sosial.

Ia tidak hanya memberi lebih banyak makna kepada tujuan hidup, bahkan menyumbang kepada kesihatan jangka panjang.

2. Kuasa cerita

Mungkin juga ramai tidak sedar kuasa penceritaan daripada orang berpengalaman kepada generasi lebih muda.

Berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup tidak sekadar untuk mengenang masa lalu. Ia adalah cara untuk menyambung persaudaraan, sekali gus mewariskan falsafah hidup yang mungkin boleh dijadikan pedoman.

Cerita-cerita pasti menimbulkan gelak tawa, air mata, dan rasa keterikatan yang mendalam merentasi masa.

Usaha Cik Amanah untuk menghasilkan novel berkisar penghijrahan kaum Bawean adalah antara contoh menarik yang memanfaatkan pengalaman dan kajian beliau tentang suku kaum itu.

Masyarakat Bawean masih mantap dan berpengaruh di Singapura.

3. Perkongsian antara generasi

Pesara juga harus mencipta ruang untuk berinteraksi dalam kalangan pelbagai generasi demi membuka pintu kepada banyak ilmu baru dan perkongsian pandangan.

Generasi muda juga akan dapat meraih manfaat daripada pengalaman dan pandangan berharga daripada orang lama.

Hubungan ini memupuk rasa kesejahteraan dan mengatasi kesepian yang mungkin berlaku selepas persaraan.

Pada dasarnya, mencari kebahagiaan selepas persaraan tidak perlu menjadi usaha yang rumit. Ia terletak pada kemudahan hubungan manusia, kekayaan cerita yang dikongsi dan keindahan belajar daripada satu sama lain sepanjang generasi.

Dengan merangkul aspek-aspek ini, wanita yang memasuki persaraan dapat menemui kegembiraan dan makna baru dalam kehidupan bagi membolehkan perjalanan lebih makna sepanjang tahun-tahun emas mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >