Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rahsia cantik Noryn Aziz: Rendam muka dalam ais

Dec 06, 2023 | 05:30 AM



Bukan hanya mempunyai suara yang lantang, penyanyi Noryn Aziz juga diingati kerana sentiasa tampil anggun dan cantik bergaya.

Pada usia 47 tahun, wajahnya awet muda dengan kulit yang kelihatan mulus. Tentunya ramai yang bertanya apakah rahsia kecantikan Noryn.

Rupanya Noryn mempunyai rahsia tersendiri dalam menjaga kecantikan wajah untuk sentiasa tampil lebih segar dan berseri.

Dalam satu rakaman video dengan Astro Gempak baru-baru ini, Noryn, yang mempunyai nama sebenar Norazmahwati Abdul Aziz, akui beliau tidak pernah keluar rumah tanpa solekan, bahkan ke pasar serbaneka pun beliau akan pastikan wajahnya bersolek dan berpakaian rapi.


“Saya akui saya ini memang obses tentang solekan. Saya tak pernah keluar rumah pakai kemeja-T dan selipar.

“Pergi beli barang runcit pun saya pakai bedak asas, celak dan maskara,” akuinya sambil tertawa geli hati.

Noryn akui walaupun memilih bahan penjagaan kulit dan solekan yang bermutu, beliau tidak terlalu ‘setia’ terhadap mana-mana jenama kerana suka mencuba produk-produk baru hasil kajian yang dipertingkatkan.

“Produk penjagaan kulit dan solekan sentiasa melalui kajian dan kita kena cuba kalau apa yang ditawarkan sesuai dengan kulit dan usia kita,” ujar penyanyi jaz Malaysia yang popular menerusi lagu, Cerita Cinta itu.


Beliau adalah juara Gegar Vaganza musim ke-5.


Namun, ada satu rahsia penjagaan kulit yang mungkin jarang dibuat orang lain yang Noryn amalkan dalam memastikan kulitnya tegang dan segar – beliau menggunakan terapi air batu bagi wajah, atau ‘ice facial’.

Beliau memilih menggunakan ais bagi memastikan wajah kekal segar dan tidak kusam setiap hari.

Menurut Noryn, beliau mengamalkan rutin harian ini selepas bangun tidur dengan merendamkan wajah pada ais setiap pagi.

Beliau mengakui sudah lama melakukan amalan ‘ice facial’ itu untuk mendapatkan kesan wajah yang lebih segar.

Menurutnya, antara kebaikan ‘ice facial’ ialah ia boleh mengecilkan liang pori-pori, melembapkan wajah, menegangkan kulit dan jika ada jerawat, boleh mematikan bakteria.

Noryn terasa seperti magis apabila kulit terasa lebih segar, darah mengalir laju dan bersedia untuk melakukan rutin harian selepas itu.

Amalan itu boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak semestinya pada waktu pagi, tambah beliau.

Ia boleh juga dilakukan pada waktu malam ataupun sebelum mula bersolek.

Cara melakukannya:

​​​​​​​Letakkan air batu dan air ke dalam bekas kemudian rendam wajah untuk 10 sehingga 15 saat.

Terpulang pada ketahanan nafas, angkat wajah dan kesegarannya akan terasa.

Mengenai solekan, Noryn berkata beliau menggunakan bahan penjagaan kulit seperti penyegar (toner), serum, pelembap serta tabir suria untuk melindungi kulit daripada matahari.


Selepas itu barulah beliau menyapukan bedak asas (foundation), melukis kontur atau garisan pipi untuk mendapatkan wajah yang lebih runcing.

Satu lagu ‘trademark’ solekan beliau ialah memastikan solekan bahagian mata seperti ‘bersoket’ agar matanya kelihatan mantap.

Untuk solekan kening, beliau memastikan calitannya bermula di bahagian hujung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >