Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Meski takut cerita seram, kejayaan Olynn Saleh melalui ‘Misteri Jam 12’

Jul 05, 2023 | 05:30 AM



Seumur hidupnya, pelakon dan penyanyi Olynn Saleh gerun untuk menjayakan sebarang penerbitan drama atau filem seram.

Namun, entah mengapa rezekinya untuk menjulang piala Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu (Drama Khas/Antologi) datang hasil lakonan sebagai tukang urut penuh misteri bernama Mastura dalam drama popular kegemaran ramai, Misteri Jam 12 (Musim Kedua).


Katanya ketika dihubungi Berita Harian menerusi panggilan jauh dari Melaka, di mana beliau sedang menjalani satu penggambaran:


“Saya memang tetapkan tak akan berlakon dalam drama seram sebab saya sendiri tak suka takutkan diri menonton filem seram. Tapi entah mengapa saya tertarik untuk bawakan watak misteri bernama Mastura ini kerana ada banyak aspek yang boleh saya teroka dalam watak tukang urut yang mengambil ilmu dan enggan kehilangan sesuatu yang dia yakini memberinya kecantikan meskipun akhirnya perbuatannya itu memakan dirinya sendiri.”

Olynn yang awal dalam kerjaya seninya dikenali sebagai sebahagian daripada kumpulan 3D (bersama Asnida Daud dan Nadia Ali) teruja membawakan watak Mastura itu kerana ia memberinya pengalaman baru melakukan aksi nekad ‘terbang’ ke udara dengan dirinya dibiar tergantung pada tali dalam babak ngeri itu.

“Sebab watak Mastura ini penuh mistik, maka dapatlah saya bawa babak ‘terbang’ sana sini yang saya tak sangka dapat saya lakukan pada usia sebegini sebab tak pernah mencuba dan belum pernah diberi peluang melakukannya. Alhamdulillah, mujurlah tiada kecederaan yang berlaku. Semuanya okay sahaja,” jelasnya.

Bagaimanapun, jika diberi peluang untuk berlakon lagi dalam drama seram, Olynn akan tetap menolak kerana berasakan Misteri Jam 12 hanya projek sekali yang berlaku secara kebetulan sahaja dan kemudian memberi rezeki.


Baginya, watak Mastura yang membimbing seorang wanita lain Izzathy yang tidak menyedari ada barang ghaib yang bersangkutan dengan kemahiran mengurut yang dipelajari itu memberi gambaran bahawa dalam zaman moden kini, masih ada lagi yang bergantung pada unsur khurafat untuk kepentingan dan peningkatan diri sendiri tanpa menyedari bahayanya.

“Membawa watak ini dengan muka yang tiada ekspresi merupakan satu lagi cabaran besar buat saya. Namun, apa yang menyeronokkan adalah semangat sepasukan dalam set Misteri Jam 12 membolehkan kami belajar daripada satu sama lain,” ujar Olynn.


Sebagai anak seni yang berpengalaman menyanyi, berlakon dan menerbitkan program digital seperti yang diusahakaan bersama Wisma Geylang Serai (WGS) sewaktu pandemik, Olynn gembira dapat meneroka pengalaman baru di samping mendedahkan bakat Singapura dengan misi seiring sejalan.

“Setiap pengalaman itu bermakna buat saya kerana dapat mencuba setiap daripadanya untuk menguji keupayaan saya dan mengasah kemahiran saya. Kalau tak cuba, kita tak tahu. Saya khususnya gembira diberi peluang mengetengahkan bakat Singapura lain dan belajar kerja penerbitan digital yang berguna.

“Sekarang ini, tumpuan saya pula adalah lakonan satu siri drama yang dilanjutkan daripada sebuah telefilem Hari Raya, Lap-Lip. Ia kolaborasi dengan beberapa bintang Malaysia. Sejauh ini, kami seronok menjalani penggambaran bersama di Melaka dan sempat meninjau tempat-tempat menarik di sini,” tambahnya yang lebih dikenali dalam watak utama drama Tai Tai Berkecai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >