Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mikrofon yang dilontar Cardi B dilelong hampir AS$100,000 di eBay

Aug 11, 2023 | 10:48 AM
KECOH KERANA MIKROFON: Mikrofon yang dilontar ‘rapper’ Cardi B ke arah penonton yang dianggap biadab kerana menyimbah air ke arahnya dijual dalam platform lelongan eBay dengan harga mencecah hampir AS$100,000 ($134,950).
KECOH KERANA MIKROFON: Mikrofon yang dilontar ‘rapper’ Cardi B ke arah penonton yang dianggap biadab kerana menyimbah air ke arahnya dijual dalam platform lelongan eBay dengan harga mencecah hampir AS$100,000 ($134,950). - Foto AFP

Mikrofon yang dilemparkan penyanyi rap Cardi ke arah penonton yang menyimbah air kepadanya bulan lalu dijual dalam platform lelongan eBay dengan harga mencecah hampir AS$100,000 ($134,950).

Mikrofon tersebut pada mulanya dijual pemilik The Wave Inc, Scott Fisher yang merupakan syarikat pengeluaran audio berpangkalan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Scott Fisher memberitahu, beliau pada mulanya berharap bidaan itu akan mencapai AS$5,000 sahaja, namun jangkaan meleset apabila pembidaan tamat pada nilai jualan menghampiri angka hampir AS$100,000..

Bagaimanapun, kata Fisherr, kesemua hasil keuntungan akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan.

“Hasil bidaan tersebut disalurkan kepada badan amal veteran Wounded Warrior Project dan Friendship Circle Las Vegas, yang menghubungkan sukarelawan muda dengan orang kurang upaya dan keperluan khas,” katanya.

Menurutnya, syarikat terbabit memberikan sokongan audio kepada banyak pusat hiburan, selain menyediakan peralatan audio kepada Drai iaitu tempat persembahan sejak sembilan tahun lalu.

Dalam kejadian yang tular di media sosial, seorang peminat menyimbah air minuman ke arah Cardi B ketika beliau membuat persembahan di atas pentas di Las Vegas.

Sebagai tindak balas, penyanyi rap itu melemparkan mikrofon ke arah penonton yang disifatkan biadab itu.

Peminat terbabit membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut, namun tiada tangkapan dibuat. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg