Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Miley Cyrus benam sengketa dengan Sinead O’Connor

Aug 29, 2023 | 03:15 PM



Penyanyi dan pelakon Miley Cyrus mendendangkan lagu Wonder Woman yang ditujukan khusus buat bintang legenda Sinead O’Connor atau nama Islamnya, Allahyarhamha Shuhada Sadaqat dalam rancangan khusus saluran ABC, Endless Summer Vacation: Continued (Backyard Sessions).


Sebabnya, beliau terkenangkan perbalahan antara mereka sedekad yang lalu dan perjuangan O’Connor dengan masalah kesejahteraan mental.

Dalam program itu, Cyrus mengimbau kembali perjalanan kerjaya seni dan tempoh emosi.

Masalah dengan O’Connor yang tercetus apabila penyanyi asal Ireland itu mengecam video muzik Wrecking Ball yang dianggap terlalu seksi dan menjolok mata serta merendahkan maruah wanita kini hanya tinggal sebagai sejarah.


“Ketika peristiwa itu berlaku, saya tidak menduga akan timbul kontroversi apabila O’Connor menjatuhkan saya atau mengecam saya. Walhal, beliau juga pernah menjadi penyanyi seperti saya. Awalnya, saya hanya menyatakan video lagu hit 1990, Nothing Compares 2 U, dendangan Sinead memberi inspirasi buat saya,” cerita Cyrus tentang kejadian pada 2013 itu.


O’Connor dikatakan membalas komennya dengan jiwa keibuan penuh keprihatinan. Surat terbukanya itu menasihati Cyrus bahawa tidak ‘cool’ untuk menanggalkan pakaian dalam video itu dan membuat aksi berbaur lucah kerana bakat yang ada akan disalahgunakan industri hiburan sedunia.

“Jangan sangka lelaki yang menatap video anda akan pedulikan tentang nasib anda selepas ini. Jangan dibodoh-bodohkan,” kata O’Connor lagi dalam pesanannya itu.

Cyrus kemudian membalas lagi komen tersebut dengan membandingkan O’Connor dengan bekas pelakon cilik Amanda Bynes yang secara terbuka bergelut dengan masalah kesihatan minda.

Perkara itu membuatkan O’Connor lebih marah kerana menyifatkan masalah kesihatan mental itu sebagai sesuatu yang menjadi sejarah silamnya dan bukan keadaannya pada 2013 yang dikatakan sudah pulih.

“Awak mempersenda saya dan Amanda Bynes kerana menghadapi isu kesihatan mental dan meminta bantuan. Maksud saya, siapa sebenarnya menasihati anda ni?” tanya O’Connor, tanda tidak puas hati.

Menurut Cyrus kini, beliau tidak tahu kesan kerapuhan minda seseorang yang murung kerana pada masa itu beliau baru berusia 20 tahun.

“Saya selalu dinilai buat sekian lama kerana membuat pilihan saya sendiri. Saya terlalu penat dan pada ketika saya buat pilihan peribadi, Sinead pula membidas saya. Ini menyedihkan saya. Tapi saya harap keadaan Sinead kini tenang dalam pemergiannya,” ujar Cyrus.

O’Connor, yang memeluk agama Islam pada 2018, dikebumikan dalam upacara keislaman dengan ketiadaannya ditangisi ramai yang akur akan sumbangannya pada dunia seni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >