Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lautan peminat iringi perjalanan terakhir Sinead O’Connor

Aug 10, 2023 | 12:04 PM



Jenazah penyanyi pop kelahiran Ireland, Sinead O’Connor, yang menghembuskan nafas terakhirnya di London pada Julai, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam pada Selasa, lapor agensi Agansi Anadolu.


Allahyarhamha O’Connor, 56 tahun, atau nama Islamnya Shuhada’ Sadaqat, dibawa melalui kampung halamannya di Bray, kira-kira 20 kilometer di selatan Dublin.

Kenderaan jenazah turut berhenti di kediamannya selama 15 tahun di Bray.

Ribuan peminat termasuk selebriti dan orang kenamaan memenuhi jalan di bandar bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarhamha.

Presiden Ireland, Encik Michael Higgins dan Perdana Menteri, Encik Leo Varadkar, penyanyi dan penulis lirik Bob Geldof serta penyanyi kumpulan U2, Bono, antara yang menghadiri upacara tersebut.

Encik Higgins dalam satu kenyataan berkata, limpahan kesedihan dan penghargaan terhadap kehidupan serta kerja seni O’Connor menunjukkan kesan mendalam penyanyi itu pada rakyat Ireland. O’Connor yang dikenali kerana lagu ‘cover’ Prince, Nothing Comprares 2 U, dianggap berani dan jujur meluahkan pandangannya dan menjadi idola ramai anak muda yang dambakan kebebasan bersuara.


“Sumbangan uniknya membabitkan pengalaman digabungkan dengan tahap kreativiti hebat dan luar biasa yang dipilih untuk disampaikan melalui suara, muzik dan lagunya,” kata Encik Higgins.

Sementara itu, Ketua Imam di Pusat Islam Ireland, Shaykh Umar Al Qadri, yang mengetuai upacara solat jenazah Allahyarhamha, menyifatkan arwah insan yang dikurniakan suara yang magis. Mereka bertemu pada 2018, tahun di mana O’Connor memeluk Islam.

“Hari ini, saya amat bersyukur bagi peluang memimpin solat jenazah bagi anak seni Ireland, Sinead O’Connor atau nama Islamnya, Shuhada’ Sadaqat. Ia adalah satu penghargaan bagi saya menjadi sebahagian daripada upacara ini dan saya menyampaikan penghargaan kepada keluarga Allahyrhamha kerana akur bahawa perjalanan terakhirnya disempurnakan dengan pengkebumian cara Islam. Mereka menerimanya dengan identitinya sebagai wanita Islam,” kata Shaykh Umar.

O’Connor kekal dengan nama Sinead O’Connor ketika membuat persembahan.

Allahyarhamha ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di London. Walaupun punca kematiannya masih belum didedahkan kepada umum, namun polis mengesahkan ia tidak mencurigakan. Beliau banyak terkesan selepas anak kesayangannya, Shane O’Connor, 17 tahun, meninggal dunia pada Januari 2022.

Sejak membuat kemunculan antara 1987 sehingga 2014, O’Connor sudah menghasilkan 10 album studio. Nothing Compares 2 U dirakam pada 1990.


Pemuzik Britain, Cat Stevens atau nama Islamnya, Yusuf Islam, 75 tahun, juga berkongsi kesedihan dengan berdoa supaya roh sahabatnya itu mendapat kedamaian.

“Sedih mendengar berita Shuhada’ Sadaqat meninggal dunia. Dia adalah jiwa yang lembut dan semoga Allah Maha Penyayang, memberinya kedamaian abadi,” jelas Yusuf.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >