Starbucks Singapura memperkenalkan minuman badam edisi terhad baru daripada Almond Butter Coffee Frappuccino dan Almond White Chocolate Cream Frappuccino kepada Almond Butter Latte klasik, dan juga Almond Cream Cold Brew dan Nitro Cold Brew.
Minuman ‘Almond Butter Frappuccino’ mengandungi sirap berperisa badam yang dipanggang, kopi panggang Frappuccino dan badam bersalut gula. Ia dihiasi dengan krim putar, sos coklat dan wafel bersalut coklat.
Minuman ‘Almond White Chocolate Cream Frappuccino’ pula mengandungi sos mocha coklat putih dan sirap berperisa badam panggang yang dicampur dengan susu dan badam bersalut gula dengan krim putar disira sos karamel dan wafel bersalut coklat.
Penggemar kopi pula boleh menikmati ‘Almond Cream Cold Brew’, campuran kopi Starbucks Cold Brew yang menyegarkan dan dihiasi dengan buih dan dihias dengan badam berlapis gula.
Minuman ini, kecuali ‘Almond Cream Nitro Cold Brew’, boleh didapatkan di kesemua cawangan Starbucks di Singapura untuk masa yang terhad.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg