Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Muaz Zabir pujuk hati ibu yang marah anak terpalit dengan Bella Astillah

Apr 12, 2024 | 04:35 PM



Bagaimana ingin memujuk hati ibu yang masih marah dan kecewa apabila berita anaknya menjadi ‘orang ketiga’ tersebar meluas di media sosial?

Pelakon baru, Muaz Zabir, memaklumkan kepada ramai menerusi Instagram Story bahawa ibunya masih marah dan hampa apabila dirinya terpalit dengan kontroversi pernah menjalin hubungan dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Bella merupakan isteri penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, yang kini dilanda krisis rumah tangga.

Meskipun sudah meminta maaf kepada ibunya, Muaz atau nama sebenarnya, Muaz Mohamad Zabir, 27 tahun, berkata beliau telah meminta maaf kepada ibunya lagi pada 1 Syawal, lapor laman web, Kosmo! Online.

Dalam video tersebut, pelakon drama, Iskandar Cempaka, itu dilihat mengeluarkan sebuah televisyen daripada kotak dipercayai hadiah untuk ‘membeli jiwa’ ibunya.


“Doakan saya selamat sepanjang berada di kampung nanti,” ujarnya.

Melihat pada komen warganet, rata-rata ramai menyokongnya kerana ‘membantu’ Bella yang berhasrat membuat Aliff cemburu lantas memberi pengajaran kepada juara Gegar Vaganza 8 (GV8) itu yang dikatakan sudah berlaku curang sebanyak 11 kali.


“Tak mengapalah, minta maaf banyak-banyak dengan ibu. Saya sokong apa yang awak buat dengan Bella, kasi ajar sikit Alif yang tak sedar diri tu,” tulis seorang warganet.

Aliff ditangkap khalwat bersama pelakon gandingannya dalam drama, Terjerat, Ruhainies.


Mereka bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan serius.

Aliff pula enggan menceraikan Bella dalam kes sebutan cerai baru-baru ini dengan menegaskan beliau masih sayangkan keluarganya.

Begitulah asam garam rumah tangga yang perlu ditangani dengan bijak dan berhati-hati manakala Muaz pula perlu menjaga hati ibunya.

Kalau dah jadi ‘orang ketiga’ ke ‘orang keempat’ ni memang berbahaya!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >