Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bella Astillah didakwa jalin cinta dengan pelakon baru, Muaz Zubir

Apr 03, 2024 | 03:21 PM



Tiada angin, tiada ribut.

Tiba-tiba tersebar dakwaan isteri Aliff Aziz, Bella Astillah, curang apabila dikatakan menjalin hubungan cinta dengan seorang pelakon baru iaitu Muaz Zabir, 27 tahun.

Perkara tersebut didedahkan pemilik sebuah akaun TikTok yang memuat naik video yang menunjukkan pesanan berbaur kemesraan kedua-duanya menerusi tangkap layar paparan WhatsApp.

Laman web, Kosmo! Online melaporkan dalam perkongsian video terbabit dapat dilihat pelakon dan penyanyi itu membahasakan diri masing-masing sebagai ‘sayang’ dan ‘baby’.

“Sayang nanti letak kat Story lagu kita please. Tahulah Spotify boleh direct ke InstaStory.


I love you too. Muah. Goodnight b (baby). TTYT (talk to you tomorrow),” itu antara balasan pesanan yang didakwa dikirimkan daripada Bella kepada model berusia 27 tahun itu.


Selain memaparkan tangkap layar dengan deretan berbalas ucapan manis I love you’, pemilik akaun turut menyelitkan foto intim pasangan terbabit, termasuk satu foto bertarikh 13 Oktober 2023.


Gambar tersebut memperlihatkan ibu dua cahaya mata itu memegang leher jejaka terbabit sambil tersenyum dengan posisi wajah mereka yang hampir berlaga.

Sebelum ini, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30 tahun, pernah bergandingan dengan Muaz dalam sebuah drama.

Menerusi satu wawancara, pelakon dan penyanyi itu mengakui sentiasa mengingatkan diri untuk menjaga batas ketika bergandingan dengan pelakon lelaki supaya tidak melukakan hati suaminya.

Malah katanya, segala gambar yang dimuat naik bersama pelakon lelaki di media sosial adalah tuntutan kerja semata-mata.

Menyedari dirinya berstatus isteri orang, Bella juga meminta setiap pelakon gandingan terutama aktor muda agar memanggilnya Kak Bella.

Menerusi ruangan komen TikTok, ramai menganggap pendedahan itu tidak masuk akal selain fitnah memandangkan bukti WhatsApp yang kononnya didedahkan itu boleh direka pihak tertentu.

Tidak kurang yang bersetuju dengan pendapat bahawa gambar intim kedua-duanya sudah melalui proses suntingan.

“Tak backup (bela) Bella, tapi chat itu aku boleh edit dekat tarikh dan masa. Di iPhone pun boleh sunting. Sumpah tak masuk akal,” kata seorang netizen.


“Siapa fitnah dan sebarkan akan dapat dosa kering, lagi-lagi kalau orang percaya. Bella dah cukup tersakiti, jangan tambah lagi,” tulis peminat lain.

Pada 11 Mac , Bella telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara itu susulan sudah beberapa kali Aliff terpalit kontroversi curang termasuk yang terkini, ditangkap berkhalwat di kediaman pelakon Ruhainies baru-baru ini.

Usaha laman Kosmo! Online mendapatkan Bella tidak berhasil apabila panggilan tidak berjawab, manakala menerusi hasil tinjauan, Muaz yang menceburi arena lakonan sejak dua tahun lalu telah menutup ruangan komen dalam semua hantarannya.


Aduhai...macam-macam sahaja yang berlaku sehingga isu semakin panas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >