Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mujur jerung, cicak dan sotong buas muncul selepas sejam filem ditayang

Aug 09, 2023 | 05:30 AM



Kisah jerung putih Jaws arahan Steven Spielberg pada 1975 kekal sebagai filem saspens membabitkan haiwan buas yang ramai gemari. Begitu juga dengan Piranha, filem 1978 tentang selautan ikan pirana yang memusnahkan keceriaan orang ramai yang berkelah dan beriadah di pantai dengan menyerang mereka tanpa belas.


Terus terang, saya terdorong menyaksikan filem Meg 2: The Trench yang kini ditayangkan di pawagam untuk mengembalikan nostalgia menonton dua filem ikan buas pada tahun 1970-an. Awalnya, filem tentang penerokaan pasukan penyelidikan Jonas Taylor ke dasar lautan untuk meninjau jerung prasejarah ini nampak perlahan dan lembab plotnya.


Banyak perbualan yang terlalu saintifik disampaikan watak Jonas (lakonan Jason Statham), seorang ketua penyelam dan pasukannya. Keadaan huru-hara apabila operasi perlombongan dalam laut mengancam misi mereka lantas mendesak mereka bertarung demi penakatan.

Hanya sejam selepas filem ini ditayangkan, barulah aksinya dapat dikesan. Banyak isu sekitaran dan ancamannya pada lautan dan haiwan seperti jerung dikupas sejajar dengan keprihatinan dunia.

Filem susulan ini menjejak tempoh lima tahun selepas filem pertama ditayangkan pada 2018. Amanah mengarah filem kali ini diserahkan kepada Ben Wheatley yang pernah mengarah beberapa filem aksi jenayah Free Fire dan filem seram Kill List sebelum ini.


Jonas menentang jenayah sekitaran di samping membantu firma kajian Mana One meneroka lebih dalam Parit Marina di mana jerung yang dipanggil ‘Megalodon’ ditemui. Menyusuli kematian isterinya Suyin Zhang, Jonas ditugaskan membesarkan anak tirinya Meiying (lakonan Shuya Sophia Cai) bersama bapa saudaranya dan abangnya Jiuming Zhang yang telah mengambil-alih syarikat bapanya bersama seorang pembiaya kaya, Hillary Driscoli (Sienna Guillori).


Mana One yang sekian lama mengkaji jerung bernama Haiqi yang ditemui ketika masih bayi lagi bahkan dilatih Jiuming dalam kawasan pemuliharaan di Hainan kian tangkas menjalankan penyelidikan.

Haiqi merupakan jerung yang bertindak buas tanpa memberi isyarat sehinggakan Jonas khuatir dalam menjalankan penyelidikan mengenainya meskipun Jiuming lebih ghairah.

Filem ini berpandukan jalan cerita novel cereka sains Steve Alten. Bahkan ada kemungkinan filem ini mempunyai susulan ketiga yang dijangka lebih mendebarkan.

Saya akui banyak babak lebih mendebarkan apabila jerung mengganas dan menyerang penyelam mahupun mereka yang ditemui di lautan. Dalam filem ini, bukan sahaja tiga ekor jerung ‘Meg’ membawa bahaya tetapi cicak raksasa yang dipanggil ‘Snappers’ turut menimbulkan rasa huru-hara di mana-mana, kadangkala kelihatan lebih menakutkan daripada jerung.

Sotong raksasa yang mampu membelit mangsa juga antara haiwan pencetus rasa takut dalam filem ini. Ia kelihatan cuba menghentikan pergerakan helikopter dan kemudian dimatikan langkahnya dengan bom sebelum dibaham jerung adalah adegan paling menarik dalam filem ini.

Statham memang wira aksi lasak yang tidak putus-putus menampilkan babak bergasak dalam lautan yang mendebarkan jantung. Ada banyak babak saspens yang dimuatkan dalam filem ini meskipun dari penilaian laman ulasan filem antarabangsa, penilaian yang diberi suam-suam kuku sahaja.

Mungkin ramai seperti saya yang masih teringatkan tentang Jaws dan Piranha yang sarat dengan babak menggerunkan sehingga Meg 2: The Trench nampak biasa-biasa sahaja. Bagaimanapun, ia membuatkan pencinta filem seperti saya ingin tahu apakah jerung prasejarah ini sebenarnya membawa bahaya besar atau ia setakat filem hasil janaan imaginasi pengarah yang membesar-besarkan impak si jerung jenis ‘Meg’?


Hasil pembacaan saya di Internet merumuskan haiwan prasejarah ini sudah pupus tetapi pernah menyerang mati ikan paus lantas lebih berbahaya daripada jerung putih. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >