Menjelang hujung tahun, pilihan juadah untuk perjumpaan keluarga, rakan-rakan dan majlis pejabat semakin meriah – dari daging panggang klasik hingga hidangan berempah yang diinspirasikan cita rasa tempatan. Kaki Makan kongsi beberapa jenama restoran dan hotel utama yang tampil dengan pilihan halal dan untuk memudahkan sesiapa sahaja merancang jamuan hujung tahun.
PARKROYAL on Beach Road
PARKROYAL on Beach Road menyajikan pilihan jamuan yang sesuai untuk dibawa pulang bagi juadah hujung tahun. Restoran Ginger yang terletak dalam hotel itu, menampilkan pelbagai hidangan yang menggabungkan rasa tradisional Barat dengan sentuhan tempatan.
Tumpuan utamanya ialah Traditional Roast Turkey seberat 4.5 kilogram yang berharga $148. Ayam belanda ini lengkap dengan sos kranberi, inti berangan, kentang panggang dan sayur bermusim.
Bagi mereka yang mahu rasa lebih tempatan, Roasted Turkey Breast with Kapitan Sauce, ($148) untuk 3.5 kilogram menawarkan aroma rempah kapitan, acar dan sambal balado bersama inti berangan.
Rempah Kapitan terkenal dengan rasa kari Peranakan yang pekat, beraroma sitrus dan santan, dengan rasa sedikit pedas.
Penggemar daging boleh menikmati Lamb Shepherd’s Pie ($108) atau Brown Sugar and Tamarind Glazed Chicken Ham ($88) yang dipadankan dengan pineapple chutney.
Pencuci mulut pula termasuk Chocolate & Orange Ganache with Black Sesame Log Cake ($88) serta Raspberry Mousse Log Cake, $88.
Swissbake
Swissbake memperkenalkan menu ‘A Season to Feast’, iaitu set makanan yang direka untuk memudahkan persiapan makan bersama.
Dengan kerjasama ZAC Butchery, barisan hidangannya menampilkan daging perap yang juga dipanggang, dan pencuci mulut khas.
Antara pilihan popular ialah Roasted Cajun Chicken ($68) untuk 1.8 kilogram yang diperap dengan rempah cajun dan diisi dengan inti ayam kranberi.
Roasted Turkey yang seberat 3.5 hingga 4 kilogram pula berharga $128 dan disajikan bersama sos kranberi klasik.
Untuk hidangan lebih mewah, pelanggan boleh memilih Roasted Lamb Rack ($138) yang dibakar bersama daun rosemary, bawang putih dan lada hitam, atau Roasted Beef Ribeye ($148) yang dihidang dengan ‘brown sauce’ pekat. Roasted Bone-In Lamb Leg ($158) menawarkan tekstur daging lembut dan berperisa, sesuai untuk keluarga besar.
Turut ditawarkan ialah Chicken Lasagna, $35, penuh dengan sos berkrim bechamel dan sos bolognese ayam. Untuk pencuci mulut, Crunchy Chocolate Caramel Log Cake ($69) memberikan gabungan karamel, coklat dan lapisan rangup yang sesuai untuk majlis hujung tahun.
Pakej Holiday Classic turut disediakan, lengkap dengan turkey, lasagna, dua hidangan sampingan dan sebiji log cake (kek berbentuk kayu balak) untuk $257.
Swensen’s
Swensen’s kembali dengan pilihan sajian besar yang sesuai untuk jamuan ramai. Tiga hidangan baru diperkenalkan tahun ini.
Yang pertama ialah Roulade Leg of Lamb ($118) daging kambing lembut yang dipanggang perlahan dan diisi dengan sosis ayam chorizo serta zaitun hitam. Trio Poultry Platter ($45) pula menggabungkan duck confit, ayam katsu dan sosej ayam bratwurst, lengkap dengan sayuran, jagung, tomato dan steak-cut fries.
Untuk peminat makanan laut, Creamy Tomato Seafood Stew ($59) menampilkan campuran ikan, udang, slipper lobster, kepah, dan ketam bunga dalam kuah tomato berkrim.
Yuletide Wings ($31.90) untuk 14 keping juga menjadi pilihan mudah untuk kudapan majlis.
Hidangan sampingan seperti Honey Roasted Vegetables dan Shepherd’s Pie, $33.90 turut melengkapkan meja perayaan.
Untuk pelanggan yang ingin menjamu selera di dalam restoran, Swensen’s menyajikan menu tambahan termasuk Crayfish Linguine dan versi hidangan perayaan yang lain dari hingga 5 Januari 2026.
M Hotel Singapore
The Buffet Restaurant di M Hotel mengekalkan tema Peranakan sepanjang hujung tahun. Untuk malam Krismas, Hari Krismas, malam Tahun Baru dan Hari Tahun Baru, tetamu boleh menikmati Baby Lobster, Oven-Baked Whole Salmon with Sambal & Cincalok, Beef Rendang Wellington dan pencuci mulut Chocolate Fountain.
Bagi mereka yang ingin membawa pulang hidangan ke rumah, restoran itu juga menawarkan Mentaiko-Marinated Roasted Turkey, yang menggabungkan rasa Jepun dan Barat.
21 on Rajah
21 on Rajah di hotel Aloft Singapore Novena menghidangkan bufet hujung tahun penuh cita rasa tempatan. Antara tarikannya ialah Slow-Cooked Singapore “Char Siew” Style Whole Turkey, lengkap dengan sos kranberi, sayuran panggang dan buah kering.
Pada Hari Krismas dan malam Tahun Baru, Beef Rendang Wellington akan ditawarkan, dengan rasa rendang pekat dan beraroma. Turut disediakan ialah Roasted Tomahawk bersama sos lada hitam madu.
Pelanggan boleh menikmati promosi ‘Dine 4 Pay 3’ berlangsung hingga 1 Januari 2026, menjadikannya pilihan menarik untuk perjumpaan besar.
Peppermint
Restoran Peppermint di PARKROYAL COLLECTION Marina Bay mengetengahkan tema farm-to-table yang membawa bahan segar dari ladang mereka tersendiri.
Hidangan utama termasuk Boston Lobster, Russian Snow Crab, Slow-Cooked Turkey with Indian Panch Phoron, Festive Chicken Ham with Lavender, dan Hay-Smoked Sustainable Salmon.
Pada malam Krismas, bufet ini mempersembahkan Classic Beef Wellington, Whole Duck stuffed with Morel Mushrooms, dan Baked Lobster Yuzu Thermidor.
Untuk malam Tahun Baru, mereka menghidangkan 45 kilogram Slow-Cooked Whole Wagyu Beef Leg serta Alaskan King Crab Donut Sliders, menjadikannya pilihan paling mewah bagi meraikan tahun baru.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg