Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Musim pesta hujung tahun bermula dengan hidangan meriah

‘Rendang Wellington’, ayam belanda ‘mentaiko’ antara juadah menarik di restoran tempatan untuk penuhi cita rasa berbeza
Nov 28, 2025 | 12:20 PM
Peppermint, Peppermint Parkroyal, Parkroyal Collection Marina Bay
Restoran Peppermint di Parkroyal Collection Marina Bay menampilkan ‘Classic Beef Wellington’ pada malam Krismas iaitu daging lembu yang dibalut dengan pastri rangup. - Foto PEPPERMINT

Menjelang hujung tahun, pilihan juadah untuk perjumpaan keluarga, rakan-rakan dan majlis pejabat semakin meriah – dari daging panggang klasik hingga hidangan berempah yang mengambil inspirasi daripada cita rasa tempatan.

Kaki Makan kongsi beberapa jenama restoran dan hotel utama yang tampil dengan pilihan halal dan untuk memudahkan sesiapa sahaja merancang jamuan hujung tahun.

Parkroyal on Beach Road

Hidangan Brown Sugar and Tamarind Glazed Chicken Ham ($88) iaitu ham ayam dengan perisa asam jawa dipadankan dengan ‘chutney’ nenas.
Hidangan Brown Sugar and Tamarind Glazed Chicken Ham ($88) iaitu ham ayam dengan perisa asam jawa dipadankan dengan ‘chutney’ nenas. - Foto PARKROYAL ON BEACH ROAD

Parkroyal on Beach Road menyajikan pilihan jamuan yang sesuai untuk dibawa pulang bagi juadah hujung tahun.

Restoran Ginger yang terletak di aras satu hotel itu, menampilkan pelbagai hidangan yang menggabungkan rasa tradisional Barat dengan sentuhan tempatan.

Tumpuan utamanya ialah Traditional Roast Turkey seberat 4.5 kilogram yang berharga $148.

Ayam belanda tersebut lengkap dengan sos kranberi, inti buah berangan, kentang panggang dan sayur bermusim.

Bagi mereka yang mahu rasa lebih tempatan, Roasted Turkey Breast with Kapitan Sauce, ($148) untuk 3.5 kilogram menawarkan aroma rempah kapitan, acar dan sambal balado bersama inti buah berangan.

Rempah kapitan terkenal dengan rasa kari Peranakan yang pekat, beraroma sitrus dan santan, dengan rasa sedikit pedas.

Penggemar daging boleh menikmati Lamb Shepherd’s Pie ($108) iaitu sejenis pai kambing.

Mereka juga boleh mencuba Brown Sugar and Tamarind Glazed Chicken Ham ($88) iaitu ham ayam perisa asam jawa dan dipadankan dengan chutney nenas.

Chutney merupakan sejenis hidangan yang sering digandingkan dengan makanan utama sebagai penambah perisa dan berasal daripada masakan India.

Pencuci mulut pula termasuk Chocolate & Orange Ganache with Black Sesame Log Cake iaitu kek gabungan perisa coklat, oren dan bijan hitam ($88) serta Raspberry Mousse Log Cake, $88.

Swissbake

Roasted Beef Ribeye ($148) merupakan daging lembu panggang yang dihidang dengan ‘brown sauce’ pekat.
Roasted Beef Ribeye ($148) merupakan daging lembu panggang yang dihidang dengan ‘brown sauce’ pekat. - Foto SWISSBAKE

Swissbake memperkenalkan menu ‘A Season to Feast’, iaitu set makanan yang direka untuk memudahkan persiapan makan bersama.

Dengan kerjasama ZAC Butchery, ia menampilkan pilihan daging perap yang juga dipanggang, dan pencuci mulut khas.

Antara pilihan popular ialah Roasted Cajun Chicken ($68) untuk 1.8 kilogram yang diperap dengan rempah cajun dan diisi dengan inti ayam kranberi.

Roasted Turkey (ayam belanda) yang seberat 3.5 hingga 4 kilogram pula berharga $128 dan disajikan bersama sos kranberi klasik.

Untuk hidangan lebih mewah, pelanggan boleh memilih daging kambing iaitu Roasted Lamb Rack ($138) yang dibakar bersama daun rosemary, bawang putih dan lada hitam, atau daging lembu, Roasted Beef Ribeye ($148) yang dihidangkan dengan ‘brown sauce’ pekat.

Roasted Bone-In Lamb Leg ($158) menawarkan tekstur daging kambing yang lembut dan berperisa, sesuai untuk keluarga besar.

Turut ditawarkan ialah Chicken Lasagna, $35, penuh dengan sos berkrim bechamel dan sos bolognese ayam.

Bagi pencuci mulut, Crunchy Chocolate Caramel Log Cake ($69) memberikan gabungan karamel, coklat dan lapisan rangup yang sesuai untuk majlis hujung tahun.

Pakej Holiday Classic turut disediakan, lengkap dengan ayam belanda, lasagna, dua hidangan sampingan dan sebiji log cake (kek berbentuk kayu balak) untuk $257.

Swensen’s

Creamy Tomato Seafood Stew, $59, iaitu pelbagai pilihan makanan laut dalam sos tomato berkrim.
Creamy Tomato Seafood Stew, $59, iaitu pelbagai pilihan makanan laut dalam sos tomato berkrim. - Foto SWENSENS

Swensen’s kembali dengan pilihan sajian besar yang sesuai untuk jamuan ramai. Tiga hidangan baru diperkenalkan pada 2025.

Yang pertama ialah Roulade Leg of Lamb ($118) daging kambing lembut yang dipanggang perlahan dan diisi dengan sosis ayam chorizo serta zaitun hitam.

Trio Poultry Platter ($45) pula menggabungkan duck confit (itik), ayam katsu dan sosej ayam bratwurst, lengkap dengan sayuran, jagung, tomato dan kentang goreng ala steak-cut.

Untuk peminat makanan laut, Creamy Tomato Seafood Stew ($59) menampilkan campuran ikan, udang, udang karang, kepah, dan ketam bunga dalam kuah tomato berkrim.

Yuletide Wings ($31.90) iaitu kepak ayam untuk 14 keping juga menjadi pilihan sesuai sebagai kudapan majlis.

Hidangan sampingan seperti Honey Roasted Vegetables iaitu sayur panggang bermadu dan Shepherd’s Pie, $33.90 turut melengkapkan meja perayaan.

Untuk pelanggan yang ingin menjamu selera di restoran, Swensen’s menyajikan menu tambahan termasuk Crayfish Linguine iaitu pasta dengan udang galah dan versi hidangan perayaan yang lain dari hingga 5 Januari 2026.

M Hotel Singapore

The Buffet Restaurant di M Hotel mengekalkan tema Peranakan sepanjang hujung tahun.

Untuk malam Krismas, Hari Krismas, malam Tahun Baru dan Hari Tahun Baru, tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan menarik seperti Baby Lobster (udang karang), Oven-Baked Whole Salmon with Sambal & Cincalok, Beef Rendang Wellington dan pencuci mulut Chocolate Fountain iaitu stesen coklat mengalir.

Bagi mereka yang ingin membawa pulang hidangan ke rumah, restoran itu juga menawarkan Mentaiko-Marinated Roasted Turkey, iaitu ayam belanda dengan gabungan rasa Jepun dan Barat.

21 on Rajah

Roasted Tomahawk bersama sos lada hitam madu adalah antara hidangan yang boleh dinikmati di bufet 21 on Rajah.
Roasted Tomahawk bersama sos lada hitam madu adalah antara hidangan yang boleh dinikmati di bufet 21 on Rajah. - Foto 21 ON RAJAH

21 on Rajah di hotel Aloft Singapore Novena menghidangkan bufet hujung tahun penuh cita rasa tempatan.

Antara tarikannya ialah Slow-Cooked Singapore “Char Siew” Style Whole Turkey, iaitu ayam belanda lengkap dengan sos kranberi, sayuran panggang dan buah kering.

Pada Hari Krismas dan malam Tahun Baru, Beef Rendang Wellington iaitu daging lembu yang dibalut dengan pastri rangup akan ditawarkan, dengan rasa rendang pekat dan beraroma.

Turut disediakan ialah daging lembu, Roasted Tomahawk bersama sos lada hitam madu.

Pelanggan boleh menikmati promosi ‘Dine 4 Pay 3’ yang berlangsung hingga 1 Januari 2026, menjadikannya pilihan menarik untuk perjumpaan besar.

Peppermint

Restoran Peppermint di Parkroyal Collection Marina Bay mengetengahkan tema farm-to-table yang membawa bahan segar dari ladang mereka tersendiri.

Hidangan utama termasuk pelbagai makanan laut seperti Boston Lobster, Russian Snow Crab dan ayam belanda, Slow-Cooked Turkey with Indian Panch Phoron.

Antara pilihan menarik termasuk ham ayam iaitu Festive Chicken Ham with Lavender, dan Hay-Smoked Sustainable Salmon.

Pada malam Krismas, bufet ini mempersembahkan Classic Beef Wellington, Whole Duck stuffed with Morel Mushrooms iaitu itik yang disumbat bersama cendawan.

Terdapat juga Baked Lobster Yuzu Thermidor iaitu udang karang yang dibakar pada malam Krismas.

Untuk malam Tahun Baru, mereka menyajikan 45 kilogram daging lembu, Slow-Cooked Whole Wagyu Beef Leg serta hidangan ketam menarik iaitu Alaskan King Crab Donut Sliders, menjadikannya pilihan paling mewah bagi meraikan tahun baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg