Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muzik piring hitam lama sentuh jiwa remaja Gen Alpha

Jan 15, 2025 | 8:03 PM
Muhammad Amir Syazli Samsul Kamar begitu teruja mendengar lagu lama daripada koleksi 400 piring hitam yang diputar dari gramofon.
Muhammad Amir Syazli Samsul Kamar begitu teruja mendengar lagu lama daripada koleksi 400 piring hitam yang diputar dari gramofon. - Foto BH oleh MOHD KHALID BABA

Walaupun tergolong dalam kalangan Generasi Alpha, Muhammad Amir Syazli Samsul Kamar, 15 tahun, teruja menjadikan muzik zaman silam sebagai denyut nadinya. 

Generasi Alpha merupakan kekata yang digunakan bagi individu yang dilahirkan antara 2010 hingga 2024.

Amir, seorang peminat dan pengumpul piring hitam lama, memiliki sebanyak 400 piring hitam dalam pelbagai bahasa serta lima gramofon yang menjadi pelengkap koleksinya.

Piring hitam paling berharga dalam koleksi itu adalah album kompilasi Hari Raya yang dilantunkan artis ternama di bawah naungan syarikat rakaman EMI seperti  Allahyarham Aman Shah, Noor Kumalasari, Allahyarhamha Datuk Sharifah Aini, DJ Dave, Rosemaria, Gaya Zakry, Aziz Ahmad, Zaleha Hamid dan kumpulan Black Dog Bone.

Rekod ini merupakan piring hitam termahal yang dimilikinya bernilai $500.

Pada Disember 2024, pelajar Menengah 3 di Sekolah Menengah Bukit View itu turut menerima kunjungan daripada Menteri Negara (Undang-Undang merangkap Pengangkutan), yang juga Anggota Parlimen (AP) Bukit Batok, Encik Murali Pillai.

Amir sangat menanti-nantikan kehadiran AP kejiranannya itu bagi berkongsi koleksi piring hitamnya yang termasuk rekod tertua berusia 119 tahun yang dimuatkan dengan lagu Perancis, Tannhauser-O douche etoile, yang dinyanyikan penyanyi opera Perancis, Maurice Renaud pada 1906.

Lebih unik lagi, hobi Amir turut diuar-uarkan di laman Facebook Encik Pillai.

Melalui hantaran tersebut, Encik Pillai meluahkan rasa kagum melihat koleksi piring hitam Amir yang penuh nostalgia dengan genre muzik klasik, jaz dan rok. 

“Piring hitam tertua dalam koleksi Amir diterbitkan pada 1906. Sementara piring hitam terbaru milik Amir dilancarkan hampir 100 tahun kemudian! 

“Ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan dapat bersembang dengan Amir. Terima kasih Amir kerana telah meluangkan masa untuk berkongsi kisah anda bersama saya!”

Laporan lanjut di Muka 10

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg