Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nabila Huda dedah sebab sebenar hubungan dengan Amy Search renggang

Apr 30, 2025 | 3:42 PM
Nabila Huda, Amy Search
Nabila Huda mendakwa ibu tirinya menjadi punca hubungan bersama bapanya, Amy Search, renggang sejak beberapa tahun lalu. - Foto fail

“Siapa? Saya rasa jijik nak dengar status itu (ibu tiri), ia sangat ‘disgusting’ (menjijikkan).”

Demikian reaksi pelakon Nabila Huda ketika ditanya mengenai dakwaan ibu tirinya menjadi punca hubungan bersama bapa yang juga penyanyi rok legenda, Datuk Amy Search, renggang sejak beberapa tahun lalu.

Nabila mendakwa beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Amy dan hubungan masih baik, namun wanita terbabit sebagai ‘dalang’ kepada krisis keluarga yang berlaku, lapor Berita Harian Malaysia.

“Orang ingat saya asyik bergaduh dengan papa (panggilan Amy) sahaja, tak habis-habis. Kami sentiasa okey dan tiada pergaduhan besar. Cuma, masalahnya ‘si polan’ (ibu tiri) itu.

“Saya minta maaf, rasa nak muntah dengar status itu (ibu tiri). Saya cuma ada seorang emak dan dia adalah cinta pertama papa saya, Suhaimi Abdul Rahman.

“Mungkin saya boleh panggil ibu tiri. Segala apa yang berlaku, apa saya boleh cakap ‘perempuan itu’,” dakwanya ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem terbaru lakonannya, ‘Gayong’, di Kuala Lumpur pada 29 April.

Sebelum ini, perkongsian Nabila yang memaparkannya bertemu dan memeluk Amy, sambil kedua-duanya menitiskan air mata, meruntun hati netizen.

Turut dimuat naik Nabila, video dirinya mencurahkan perasaan rindu terhadap Amy selepas kira-kira setahun tidak berjumpa melalui panggilan telefon ketika bapanya menjadi tetamu di konti radio, Hot FM.

Dalam pada itu, Nabila menggesa ibu tirinya untuk berhenti melakukan sebarang perkara yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Wahai ‘perempuan itu’ saya nak awak tahu, saya tahu semua rahsia awak. Saya tahu semua yang berlaku dan ada segala-galanya.

“Jadi, berhentilah buat apa yang awak sedang buat sekarang. Kita ini tak kisahlah status tinggi mana, apa yang penting adalah adab.

“Untuk pengetahuan awak, satu industri bencikan awak. Semua orang tak selesa dengan awak,” dakwanya.

Nabila berkata peluang memperbetulkan keadaan masih terbuka, selain menyeru wanita berkenaan membuang segala sikap negatif kerana apa dimahukan hanyalah kasih sayang seorang bapa.

“Awak jangan risau, saya memang tiada niat rampas harta papa. Saya berdiri dengan diri sendiri dan tak perlukan semua itu.

“Saya cuma nak kasih sayang seorang bapa sahaja. Kenapa susah untuk awak terima, berhentilah untuk cemburu, buanglah sikap busuk hati, kita ini hidup hanya sementara.

“Sebelum apa-apa yang berlaku, lebih baik hentikan sebelum lebih ramai siasat siapa diri awak yang sebenar. Siapa makan cili, dia terasa pedas,” dakwanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg