Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nabila Razali bertunang dengan usahawan, penggiat go-kart

Aug 28, 2023 | 2:00 PM
RAHSIA PERTUNANGAN: Nabila Razali (kiri) dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani, yang juga penggiat sukan go-kart.
RAHSIA PERTUNANGAN: Nabila Razali (kiri) dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani, yang juga penggiat sukan go-kart. - Foto INSTAGRAM NABILA RAZALI/NIK IRUWAN NIK IZANI

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, pada Jumaat malam.

Difahamkan, majlis pertunangan Nabila diadakan di rumah baharunya di Selayang, Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan media dan sumber rapat dengan penyanyi itu, majlis itu hanya dihadiri anggota keluarga terdekat.

Bagaimanapun, bila tarikh mereka akan bernikah tidak dinyatakan, namun, dijangka pada tahun depan, lapor Harian Metro.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Nabila bagi mendapatkan pengesahannya tidak berjaya apabila beliau tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesej WhatsApp.

Nik Iruwan yang kerap menganjurkan acara hiburan juga tidak menjawab panggilan telefon ketika dihubungi.

Dalam pada itu, pengurus Nabila, Ash ketika dihubungi juga seolah-olah ‘mengelak’ daripada menjawab dan tidak dapat mengulas lanjut.

“Ini memang di luar bidang kuasa saya dan saya pun tak tahu-menahu mengenai perkara ini. Jadi, saya tak boleh beri apa-apa kenyataan mengenainya. Apa-apa, berhubung terus dengan Nabila,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, Nabila dan Nik Iruwan yang juga terbabit dalam sukan go-kart sudah menjalin hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Nabila yang juga seorang penyanyi, tidak memuat naik apa-apa mengenai majlis pertunangan itu di Instagram.

Malah, tiada juga sebarang ucapan tahniah daripada rakan dan pengikutnya di ruangan komen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg