Selebriti dan usahawan dari Malaysia, Neelofa, memberitahu beliau sebenarnya sudah lama mengetahui tentang hubungan cinta antara penyanyi dari Singapura, Aisyah Aziz, dan abang iparnya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.
Bagaimanapun, Neelofa berkata beliau menghormati hubungan Aisyah dan abang kepada suaminya, iaitu penceramah bebas, PU Riz, atau nama sebenarnya, Haris Ismail, selain meluahkan rasa syukur pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga baru-baru ini.
“Saya dah tahu lama dah (hubungan Aisyah dan abang ipar) tapi sudah tentu saya hormat hubungan mereka. Selagi tak ada akad dan kita pun tak tahu apa jadi.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Mereka pun duduk dekat saja dalam kawasan rumah saya. Jadi, doakan supaya mereka layari rumah tangga dengan mudah dan baik,” katanya kepada gempak.com.
Berkongsi mengenai keperibadian Aisyah dan abang iparnya, Neelofa memberitahu pasangan itu sememangnya mempunyai sifat yang baik.
“Aisyah seorang yang sangat lemah lembut, baik, seorang yang tak banyak songeh. Beliau sangat mudah untuk menyesuaikan diri pada perubahan.
“Saya nampak beliau seorang yang tak ada banyak hal, beliau macam seorang yang ‘easy going’. Manakala abang ipar saya ini kan anak sulung, jadi beliau seorang yang bertanggungjawab.
“Seorang yang beradab… kalau mana-mana ibu bapa tengok terus suka lah. Beliau pun pandai ambil hati orang tua,” ujarnya.
Aisyah berkahwin dengan abang kepada PU Riz di Singapura pada 11 April lalu.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg