10,000 kilometer.
Itulah jarak keseluruhan yang bakal ditempuh sekumpulan 11 penunggang dan seorang pembonceng yang berhajat menuju ke tanah suci bagi menunaikan umrah dengan menunggang motosikal.
Ekspedisi yang digelar ‘Ride to Al-Haram’ itu akan bermula dari Pakistan, merentas Afghanistan, Iran, Iraq, dan kemudian Arab Saudi.
Setelah selamat menunaikan umrah, rombongan ‘bikers’ Singapura itu merancang meneruskan perjalanan ke Jordan sebelum menamatkannya di Mesir dan mengambil penerbangan pulang ke tanah air, dengan ekspedisi dijangka mengambil masa 35 hari.
Buat masa ini, motosikal masing-masing sedang dalam proses penghantaran menerusi kapal ke Karachi, Pakistan.
Kumpulan ini – dengan anggota berusia antara 33 tahun dengan 71 tahun – akan menyusul dengan mengambil penerbangan ke sana pada 19 Disember ini.
Selaku ketua rombongan, Encik Noor Iibrahim Abdillah Abd Manap, 48 tahun, berkata idea ini tercetus beberapa tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan Covid-19.
Walaupun mengakui bahawa mengambil pesawat adalah cara terpantas untuk sampai ke destinasi, Encik Iibrahim berkata perjalanan darat menawarkan pengalaman cukup bermakna.
“Apabila naik motosikal, kita boleh melencong dan kunjung mana-mana tempat yang orang tak akan pergi langsung,” jelasnya yang menambah bahawa ini juga peluang bagi mereka menyusuri sejarah Islam.
Laporan lanjut di muka 16
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg