Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nikmati hidangan asli Thai di Peppermint

Sep 21, 2024 | 5:30 AM
Hidangan bufet masakan Thailand akan diadakan di Restoran Peppermint di Hotel Parkroyal Collection Marina Bay, dari 3 Oktober hingga 8 November 2024. Harga bufet bermula daripada $72++ bagi setiap dewasa dan $36++ bagi setiap kanak-kanak.
Hidangan bufet masakan Thailand akan diadakan di Restoran Peppermint di Hotel Parkroyal Collection Marina Bay, dari 3 Oktober hingga 8 November 2024. Harga bufet bermula daripada $72++ bagi setiap dewasa dan $36++ bagi setiap kanak-kanak. - Foto PARKROYAL COLLECTION MARINA BAY

Peminat masakan hidangan Thailand kini boleh mennantikan bufet Thailand di Restoran Peppermint di Hotel Parkroyal Collection Marina Bay.

Dari 3 Oktober hingga 8 November 2024, restoran itu akan bekerjasama dengan cef selebriti Thailand, Cef Wattanasak Changkeb, yang lebih dikenali sebagai Cef Bas.

Meskipun hanya berusia 34 tahun, beliau telah menyertai pelbagai pertandingan memasak dan juga telah menjuarai siri pertandingan memasak, Top Chef Thailand, musim ketiga pada 2020.

View post on Instagram
 

Bufet Thailand itu yang dinamakan ‘Tantalizing Thai’ mempersembahkan pilihan hidangan asli Thailand yang digemari, dengan sentuhan moden.

Cef Bas juga akan bekerjasama dengan ketua cef Peppermint, Cef Leon Yee, untuk menyajikan pelbagai hidangan Thailand yang lazat, sekali gus mempamerkan warisan dan sejarah masakan Thailand yang kaya.

Antaranya adalah sup daging lembu; sup hang wua, kari kuning ketam; pu pad pong kari; udang karang dengan lauk nanas dan asam jawa, daging lembu Tomahawk dipanggang perlahan cara Thailand dan pulut mangga dengan sos kelapa.

Harga bufet bermula daripada $72++ bagi setiap dewasa dan $36++ bagi setiap kanak-kanak.

Buat julung-julung kali, Peppermint berbesar hati untuk bekerjasama dengan Penguasa Pelancongan Thailand (TAT) untuk pelancaran bufet Thai tersebut.

Untuk meraikan kerjasama itu, pelanggan boleh menikmati hiasan Thailand asli yang akan disediakan oleh TAT, sekali gus menambah sentuhan tradisi dan pengalaman yang lebih autentik di Peppermint.

Selain itu, setiap pelanggan yang menjamu selera di bufet itu berpeluang memenangi tiket pelancongan ke Koh Samui, Thailand, ditaja oleh Bangkok Airways – sebahagian daripada kempen kerjasama di media sosial.

Pengurus besar Hotel Parkroyal Collection Marina Bay, Encik Phil Smith, berkata bufet Thailand tersebut hanya dapat dilaksanakan dengan kerjasama Cef Bas dan juga sokongan TAT.

“Di Peppermint, kami sentiasa mencari cara kreatif untuk meningkatkan tawaran hidangan bersama sambil mengekalkan tradisi dan warisan masakan itu.

“Dengan kerjasama istimewa ini, kami teruja untuk mempamerkan kepelbagaian masakan Thai dan menawarkan pelanggan kami rasa masakan Thailand di Marina Bay,” katanya.

Pengarah TAT di pejabat Singapura, Cik Yatika Kaewborisoot, berkongsi: “Kami sama-sama berbesar hati untuk mempamerkan daya tarikan dan kepelbagaian rasa makanan Thai melalui bufet Thai di Peppermint.

“Kerjasama ini adalah sebagai undangan untuk pencinta makanan memulakan perjalanan kulinari Thai yang menyeronokkan.”

Lungsuri laman www.panpacific.com untuk maklumat lanjut. – NUR SYUHRAH HASSAN

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg