Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nikmati salji musim panas dengan tawaran baru di Harbin

Jul 6, 2025 | 5:30 AM
Harbin Ice-Snow World, China, ais, salji
Harbin Ice-Snow World di China memperkenalkan pelbagai tawaran pelancongan sempena musim panas terkini. - Foto FACEBOOK CHINA DAILY

Taman bertema ais dan salji terbesar di dunia, Harbin Ice-Snow World di China, memperkenalkan pelbagai tawaran baru pelancongan musim panas.

Ia ermasuk persembahan memukau untuk memberi pengunjung pengalaman musim panas yang unik dan menyegarkan.

Langkah itu menandakan perkembangan strategik taman tersebut, yang terkenal bagi tarikan musim sejuknya, sedang ia berusaha menarik pelancong sedunia sepanjang tahun.

Timbalan Pengarah Jabatan Pemasaran, Harbin Ice-Snow World, Encik Sun Zemin, berkata taman itu telah membina zon bermain salji luaran di Snowflake Ferris Wheel Square.

Dengan melaksanakan teknologi pembuatan salji canggih, ia boleh mewujudkan ‘hujan salji‘ walaupun dalam suhu melebihi 20 darjah Celsius, lantas membolehkan pengunjung menikmati kegiatan musim sejuk seperti gelongsor salji, katanya.

Selain itu, kemudahan ais salji dalaman – yang muncul buat kali pertama pada musim panas lalu – telah dinaik taraf sepenuhnya dengan arca ais baru serta pengalaman interaktif, tambah Encik Sun.

Kemudahan itu mengekalkan suhu dalaman antara -5 darjah Celsius dengan 10 darjah Celsius.

Menurut Encik Sun, Galeri Seni Ais dan Salji Sun Island itu dibuka pada 1 Julai, mempamerkan arca salji klasik dar Ekspo Seni Arca Salji Sun Island yang lalu.

Selain tawaran ais dan salji, taman itu turut melakarkan pelbagai tawaran hiburan dan kulinari.

Ini termasuk ‘Meet Harbin’, persembahan berskala besar yang membuat kemunculan sulung musim panas lalu.

Persembahan itu menggabungkan lagu, tarian, drama, akrobatik udara, dan sukan air menjadikan tontonan visual yang memukau.

Terletak dalam Bandar Harbin, tarikan Harbin Ice-Snow World merupakan salah satu destinasi pelancongan ais dan salji yang terbaik di China.

Musim sejuk lalu, ia menerima bilangan rekod 3.56 juta pengunjung, iaitu kenaikan 31.4 peratus dari tahun ke tahun. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg