Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Noor Nabila tegaskan dirinya dan Sharnaaz ada hidup sendiri

Oct 18, 2023 | 3:43 PM
BERSAHABAT DEMI ANAK: Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila berkawan rapat demi anak mereka, Jebat Jayden, tetapi selebihnya tiada ikatan cinta bertaut kembali.
BERSAHABAT DEMI ANAK: Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila berkawan rapat demi anak mereka, Jebat Jayden, tetapi selebihnya tiada ikatan cinta bertaut kembali. - Foto INSTAGRAM SHARNAAZ AHMAD

Kerap didesak kembali bersama dengan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad, pempengaruh media sosial yang juga usahawan popular, Noor Nabila, sekali lagi bertegas, mereka sudah mempunyai haluan hidup masing-masing.

Kakak Neelofa itu yakin apa yang diperlukannya ketika ini ialah hanya berdoa buat anak mereka iaitu Jebat Jayden.

“Anda semua doa untuk saya sahaja, yang baik-baik dan itu sudah mencukupi untuk kami berdua.

“Kami berdua sudah memiliki kehidupan masing-masing. Okey tenang semua, komen yang baik-baik sahaja,” katanya menerusi ruangan komen di Instagram, lapor laman Kosmo! Online.

Kenyataan ringkas tersebut seterusnya turut mendapat komen balas daripada Sharnaaz.

“Wow, Okey ngam! Belanja sebuah motor,” katanya berseloroh.

Noor Nabila, 39 tahun, merujuk pertanyaan ramai yang membanjiri ruangan komen selepas melihat video beliau dan Sharnaaz termasuk Jebat berlakon bagi mempromosikan sebuah jenama produk makanan.

“Tolong kembali bersama. Kenapalah jodoh mereka tak panjang, suka tengok Nabila dan Sharnaaz bersama,” komen segelintir warganet.

Pada 26 September lalu, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Isu rumah tangga pasangan terbabit kembali hangat diperkatakan apabila didakwa tidak lagi tinggal sebumbung bahkan Nabila mengesahkan bakal mengakhiri perkahwinannya dengan Engku Emran selepas lelaki itu menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan hubungan mereka.

Sebelum mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017, tetapi jodoh mereka hanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan seorang putera, Jebat, yang kini berusia lima tahun.

Sharnaaz pula kini dilaporkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan pelakon muda yang meningkat naik namanya, Amelia Christie.

“Anda semua doa untuk saya sahaja, yang baik-baik dan itu sudah mencukupi untuk kami berdua. Kami berdua sudah memiliki kehidupan masing-masing.”
Noor Nabila, pempengaruh media sosial yang juga usahawan popular.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg