Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nora Danish kongsi isu nafkah dalam podcast

Oct 21, 2024 | 5:40 PM
Pelakon Nora Danish, atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, menyentuh isu nafkah dalam siaran podcast bersama Neelofa dan Natasha Ozeir, yang dikatakan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Pelakon Nora Danish, atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, menyentuh isu nafkah dalam siaran podcast bersama Neelofa dan Natasha Ozeir, yang dikatakan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. - Foto INSTAGRAM NORA DANISH

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nora Danish, atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 42 tahun, menjelaskan perkongsiannya mengenai nafkah rumah tangga dalam siaran podcast bersama Neelofa dan Natasha Ozeir pada 16 Oktober, sudah dirakam awal sejak Julai lalu.

Beliau turut mengatakan ia tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Menurut laporan Harian Metro, perkongsian itu adalah berdasarkan pandangan peribadinya mengenai isu nafkah dan beliau sekadar memberikan pendapat secara umum.

Podcast itu kami dah rakam pada Julai, dah lama. 

“Cuma baru disiarkan. Waktu itu saya baru bercerai. 

“Bagi saya, mungkin ada sebab mengapa pihak penerbitan baru siarkan podcast itu, contohnya kesibukan dan sebagainya,” kongsinya lagi.

“Sebenarnya, semasa nak keluarkan podcast itu pun, saya pun ada bercakap dengan pasukan kami, sebab isu yang dibicarakan terlalu ada kena-mengena sangat dengan apa yang berlaku dalam industri hiburan baru-baru ini.

“Jadi, saya takut menyinggung perasaan orang. Tapi, ada pihak yang memaklumkan tak ada masalah kalau kita keluarkan sebab kita tak berpihak kepada sesiapa. 

“Selain itu, topik yang dibincangkan juga adalah secara umum yang mungkin ramai terlepas pandang,” tambahnya.

Menurut Nora, beliau bersama Neelofa dan Natasha Ozeir, memberikan pandangan bersandarkan pengalaman dari sudut berbeza.

“Ketiga-tiga kami membawa pandangan dari sudut berbeza. Neelofa sendiri bercakap dari sudut pandang orang yang masih berkahwin, Natasha pula orang yang masih bujang manakala saya pula dari sudut pandangan orang yang sudah bercerai.

“Jadi, terdapat tiga pandangan berbeza yang mengulas tentang pengalaman hidup masing-masing. 

“Itu sahaja dan tak ada kena-mengena dengan sesiapa,” katanya.

Beliau menyangkal bahawa isu nafkah itu mempunyai keterikatan dengan kehidupannya dan turut menafikan pandangan beberapa netizen yang mengatakan bahawa itulah punca perceraiannya dengan bekas suami, Nedim Nazri Aziz.

“Bagi saya, apa yang saya sampaikan itu tidak ada kena-mengena dengan kehidupan saya.

“Cuma, mungkin perbincangan itu secara umum dan saya tekankan bahawa saya mengkaji kenapa manusia sekarang banyak bercerai dan salah satu puncanya adalah kewangan.

“Jadi, itu saja dan tak ada kena-mengena dengan saya pun. Banyak masalah rumah tangga yang berlaku adalah kerana soal nafkah yang ramai terlepas pandang, yang menyebabkan kehidupan rumah tangga tak berkat,” jelas Nora.

Beliau turut menyingkap bahawa terdapat beberapa komen positif dan ada di antara netizen yang akur dengan isu itu yang seringkali kaum lelaki terlepas pandang.

Nora dan Nedim sah bercerai pada 19 Jun selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl, enam tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg