Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Norlia Ghani tak kecil hati dikutuk ‘tua-tua’ main TikTok

Jul 30, 2024 | 4:45 PM
Pelakon veteran, Norlia Ghani, tidak berkecil hati apabila warganet mengecamnya sebagai terlalu tua untuk aktif di TikTok. Baginya, TikTok adalah sumber untuk mencari rezeki.
Pelakon veteran, Norlia Ghani, tidak berkecil hati apabila warganet mengecamnya sebagai terlalu tua untuk aktif di TikTok. Baginya, TikTok adalah sumber untuk mencari rezeki. - Foto INSTAGRAM SINAR HARIAN

Biarpun sudah hampir setahun tiada tawaran berlakon, bintang veteran, Norlia Ghani, 75 tahun, tetap berfikiran positif dan menganggap bukan rezekinya.

Norlia, bagaimanapun, tidak duduk diam, sebaliknya menjadikan wadah TikTok sebagai tempat mencari rezeki.

Malah, Norlia tidak kisah dengan kecaman warganet termasuk dikutuk tidak sesuai aktif dalam media sosial kerana sudah tua, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

“Ada yang kata sudah tua-tua pun nak main TikTok, tapi saya tak ambil hati dan buat reti (mengerti) sahaja.

“Daripada tak ada buat apa-apa di rumah, sekurang-kurangnya ada juga seratus dua yang masuk.

“Siapa nak bagi dengan hanya duduk di rumah sahaja? Apa yang penting jangan sombong dengan peminat,” katanya yang ditemui pada majlis, Afyaa Dari Poket Artis Ke Poket Artis, di Shah Alam, baru-baru ini.

Beliau yang belajar menggunakan TikTok menerusi cucunya berkata dirinya ‘bermain’ TikTok bukan untuk mengejar populariti, sebaliknya merupakan cara beliau mendekati peminat.

Malah, beliau bahkan terkejut kemunculan pertama pada siaran langsung TikTok berjaya meraih sejuta tanda suka.

Norlia, yang dikenali menerusi filem, Sikit Punya Gila, berkata beliau langsung tidak berkecil hati apabila tiada tawaran berlakon.

“Saya tak ada rasa nak marah kerana anggap bukan rezeki.

“Pada masa sama, saya terima sudah berumur, jadi mungkin tiada drama yang memerlukan orang tua macam saya.

“Biasalah kita kena terima industri seni macam roda dan sentiasa ada pendatang baru lebih muda, mungkin drama berkenaan tiada watak nenek.

“Atau mungkin watak nenek diberikan pelakon lebih muda, tapi saya tak kisah kerana hidup ini adalah satu putaran,” ujarnya.

Kalau sumber rezeki itu halal, tak perlu nak dipertikai. Tak salah apa jika warga emas main TikTok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg