Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Padangton’ gabung rendang Padang dengan juadah Inggeris, ‘daging Wellington’

Jul 28, 2023 | 08:50 PM



Bermula dengan berniaga di acara ‘pop-up’ seperti di Celebfest, empat sepupu ini tidak menyangka bahawa produk makanan yang mereka jual semasa acara sedemikian menerima sambutan amat menggalakkan daripada para pelanggan.

Menjual hidangan fusion yang menggunakan resipi rendang Padang, empat sepupu itu mendapati bahawa ia adalah peluang yang baik untuk mengongsi kesukaan makanan Padang kepada khalayak ramai.

Padang adalah sebuah pulau di kawasan barat Sumatra.

Salah seorang daripada empat sepupu itu, Encik Mohammad Burhan Abdul Khalip, berketurunan Padang.

Justeru, resipi rendang dari Padang itu adalah resipi turun-kemurun daripada moyang Encik Mohammad Burhan dan beliau merupakan generasi keempat yang memperolehi resepi tersebut.

Kesukaan mereka terhadap rendang Padang telah menyebabkan Encik Mohammad Burhan menguji pelbagai hidangan fusion menggunakan resipi rendang tersebut.

Antara hidangan utama mereka diilhamkan ialah daripada hidangan daging Wellington.

Daging Wellington ialah hidangan stik asal Inggeris, diperbuat daripada stik fillet yang dibalut dengan pastry puff, kemudian dibakar.


Bagi resipi ini, intinya digantikan dengan daging rendang Padang, maka terciptalah istilah hidangan fusion baru yang dinamakan ‘Padangton’!

Puas hati dan gembira dengan ciptaan sajian tersebut, Encik Mohammad Burhan bersama tiga sepupunya yang lain, Encik Mohamed Fadzli Mohamed Ibrahim, Encik Muhammad Farhan Rahim dan Encik Mohammad Sobrie Mazelan, membuat keputusan membuka gerai sementara di acara-acara besar dan mengongsi ciptaan mereka.

Dengan jualan dan sambutan yang memberangsangkan serta keyakinan dengan hidangan mereka, empat sepupu itu lalu membulatkan tekad dan menyewa satu lokasi dan membuka perniagaan kafe yang dinamakan The Padangton.

Kafe The Padangton terletak di 2 Jalan Klapa dan telah mula berniaga pada akhir Jun.

“Daging rendang Padang memerlukan masa yang lebih lama untuk direbus.

“Dulu, apabila orang kampung Padang masak rendang, mereka menggunakan arang dan ini memakan masa semalaman. Ini memastikan dagingnya lembut dan rempah-rempah juga meresap ke dalam daging.

“Sekarang, dengan teknologi dan peralatan periuk tekanan, kami rebus daging rendang kami, bersama rempah-rempahnya selama enam jam,” kongsi Encik Mohammad Burhan, yang juga ejen hartanah sepenuh masa sebelum membuka perniagaan kafe itu.

Ini bukan kali pertama empat sepupu itu bekerjasama dalam sebuah perniagaan.

Malah, mereka juga telah bekerjasama dalam mengusahakan aplikasi penghantaran makanan Pacquetz yang dilancarkan pada 2021.

Aplikasi itu menjadi satu wadah perniagaan dari rumah (HBB) menjangkau kepada lebih pelanggan serata Singapura.

Berkongsi antara cabaran membuka perniagaan itu, Encik Farhan berkata bahawa mereka berempat tidak mempunyai latar pengetahuan dalam bidangan makanan dan minuman (F&B).

“(Dengan) menceburi bidang ini, kami belajar daripada setiap langkah. Misalnya daripada segi peralatan membakar dan perkakas lain. Model apa yang patut dibeli dan sebagainya,” jelas Encik Muhammad Farhan.

Selain hidangan Padangton, kafe itu juga menampilkan hidangan ‘lamb shank’ rendang Padang.

Rempahnya mengikut rendang Padang namun protein utama ditukar daripada daging lembu kepada anak kambing biri-biri dan ia juga dibalut dengan roti pastri.

Kafe itu akan menghidangkan lebih banyak sajian fusion berciri Padang agar dapat berkongsi masakan yang menjadi kesukaan Padang.

Menurut Encik Muhammad Farhan, menu kafe itu akan diluaskan kepada lebih banyak pilihan pada masa akan datang.

“Kami harap lebih ramai rakyat Singapura dapat menikmati rasa makanan Padang dengan corak hidangan fusion!

“Dan juga semoga istilah Padangton menjadi sesuatu yang unik kepada kami. Jadi kalau ingin fikirkan nak makan apa, makanlah Padangton dan kunjungi kami,” tambah Encik Muhammad Farhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >