Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Mengopi’ sambil nikmati hidangan Indonesia

Jul 22, 2023 | 05:18 PM



Jenama Tanamera Coffee yang berpangkalan di Indonesia itu kini telah berkembang ke Singapura dan mempengaruhi penduduk pulau ini untuk mengopi sambil menjamu selera hidangan Indonesia.

Bermula dengan matlamat untuk berniaga dan berkongsi kopi istimewa Tanamera Coffee, konsep minum kopi artisan bermutu tinggi sambil menjamu hidangan Indonesia menjadi satu tarikan kafe yang unik bagi rakyat Singapura.

“Respons terhadap cawangan pertama kami amat memberangsangkan. Kami rasa ramai yang tidak pernah membayangkan bahawa mereka boleh menikmati kopi artisan seperti latte dan kapucino sambil makan sate, nasi goreng Indonesia dan sebagainya.

“Kafe ini dapat menawarkan pengalaman unik yang berlainan dengan hidangan kafe-kafe biasa.

“Kami menggabungan kenikmatan peminat kopi dan juga peminat makanan Indonesia ataupun bagi sesiapa yang ingin menjamu selera hidangan lain,” ujar pengurus pembangunan perniagaan Tanamera Coffee, Encik Khairul Jufri, kepada Berita Harian baru-baru ini.


Dengan lapan cawangan di Singapura sejauh ini, Tanamera Coffee telah bermula mencipta jenamanya di Singapura sejak 2019 dengan cawangan pertamanya di CIMB Plaza di Raffles Place.

Buat julung-julung kalinya, Tanamera Coffee telah diundang untuk melibatkan diri dalam Pesta Makanan Singapura 2023.

Ini menjadi satu peluang yang baik bagi terus mengembangkan jenama mereka dan juga kehadiran Tanamera Coffee dalam kalangan rakyat Singapura.

Pengurus besar Tanamera Coffee, Encik Romeo Alfen, juga hadir di reruai SFF semasa dikunjungi Berita Harian.


“Saya gembira kami diberikan kesempatan melibatkan diri dalam acara ini. Saya harap pengunjung nikmati kopi serta konsep kami.

“Saya juga amat bangga dengan pasukan saya yang telah menjayakan gerai ini demi berkongsi jenama kami kepada lebih pelanggan dalam kalangan rakyat Singapura,” ujar Encik Romeo.

Harga kopi di sini ialah $5 ke atas. Tanamera Coffee juga akan menawarkan tiga aneka hidangan khas iaitu Iga Penyet (daging lembu), ayam bumbu dan Sate Indonesia, berharga $6 hingga $10.

Menurut ketua cef Tanamera Coffee, Cef Roy Aziz, bagi hidangan Iga Penyet itu, daging lembunya direbus selama 12 jam.

“Hidangan kami menggunakan R&D (kajian dan penyelidikan) yang mengambil masa sekurang-kurangnya empat hari untuk mendapatkan kelulusan, sebelum kami dapat menawarkannya dalam menu kami,” jelas cef yang telah bersama syarikat itu sejak permulaan pembukaan kafe itu.

Tanamera Coffee telah bermula di Jakarta dan kini mempunyai 27 cawangan di Indonesia, termasuk dua di Bali.

Membuka lapan cawangan di Singapura, jenama itu juga kini dalam perancangan untuk menyebarkan sayapnya ke Malaysia, dengan membuka satu cawangan di Kuala Lumpur. – NUR SYUHRAH HASSAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >