Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pameran pelancongan Korea di Plaza Singapura 16-18 Mei

May 7, 2025 | 6:27 PM
Jeju merupakan antara destinasi kegemaran pengunjung Singapura.
Jeju merupakan antara destinasi kegemaran pengunjung Singapura. - Foto BM oleh NURFAHRURIZA ISMAIL

Mereka yang merancang bercuti ke Korea boleh menjengah pelbagai tarikan di negara itu dengan melawat pameran kembara anjuran Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) pada 16 hingga 18 Mei ini.

Pameran yang akan diadakan di Plaza Singapura dari 10.30 pagi hingga 9 malam itu menampilkan lebih 20 pempamer termasuk Pertubuhan Pelancongan Wilayah (RTO) dari Jeju, Busan, Gyeongsangnam-do dan Jeollanam-do, selain ejen perjalanan besar yang menawarkan promosi tempoh terhad.

Selain mendapat tahu lebih lanjut tentang destinasi berbeza di Korea, orang ramai juga boleh bertanya tentang pakej perjalanan yang ditawarkan mahupun melibatkan diri dalam kegiatan kebudayaan.

Edisi pameran perjalanan Korea tahun ini juga meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dengan Korea.

Tahun ini, tumpuan adalah ke atas kawasan selatan Korea – dari keindahan semula jadi Jeju hingga ke tarikan bandar tepi pantai Busan – yang sudah pun merupakan destinasi kegemaran pengunjung Singapura.

Pameran kali ini juga akan menonjolkan destinasi yang kurang dikenali seperti Gyeongsangnam-do dan Jeollanam-do.

Gyeongsangnam-do, yang terletak di pantai tenggara Korea, dikenali dengan landskap gunung-ganang yang menenangkan, warisan kuil yang kaya, serta bandar pelabuhan yang indah seperti Namhae, Tongyeong and Geoje.

Jeollanam-do, di barat daya, menarik pengunjung dengan desanya yang subur, Ladang Teh Hijau Boseong yang terkenal, dan budaya makanan yang banyak menggunakan bahan bermusim dan penapaian.

Destinasi utama termasuk Yeosu, Mokpo dan Sinan, masing-masing menawarkan pengalaman tempatan yang dibentuk oleh lokasi pantai dan warisan wilayah mereka.

Pengunjung boleh meneroka wilayah ini di reruai RTO yang khusus dan meninjau pengalaman yang ditawarkan setiap wilayah, jejak yang boleh dikunjungi serta promosi perjalanan.

Ejen perjalanan seperti ASA Holidays, Chan Brothers Travel, CTC Travel, EU Holidays, Hong Thai Travel, Nam Ho Travel, SA Tours, dan Super Travels akan menawarkan pakej perjalanan eksklusif sewaktu acara tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg