Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Panduan elak jadi mangsa kempen derma palsu

Oct 25, 2023 | 05:57 PM



Berikut panduan elak jadi mangsa penipuan amal siber.

[ο] Semak laman web amal dan bukti kelayakan. Badan amal yang sah akan didaftarkan – anda wajar semak kelayakan organisasi dalam pangkalan data rasmi untuk mengesahkan ia tulen atau palsu.

[ο] Dekati badan amal secara langsung untuk menderma atau menawarkan sokongan. Jika mahu menderma dalam talian, taip alamat laman web amal dan elak klik pautan yang disiarkan dalam e-mel.

[ο] Jika anda masih tidak pasti tentang pertubuhan yang disemak, rujuk kepada badan rasmi yang memberikan sokongan kemanusiaan seperti agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

[ο] Individu yang terjejas oleh krisis lazimnya tidak mungkin menghubungi anda secara langsung untuk mendapatkan bantuan – lebih-lebih lagi orang yang anda tidak kenali. Justeru berhati-hati apabila menerima permintaan derma.

[ο] Laman web palsu juga boleh diolah menyerupai laman badan amal yang tulen, bezanya ialah saluran kiriman wang derma. Perbezaan, kesilapan ejaan atau tatabahasa dalam bahan yang disiarkan di laman berkenaan merupakan antara petanda laman palsu.

[ο] Berhati-hati di media sosial. Media sosial merupakan salah satu cara badan amal berkomunikasi dengan orang ramai dan meminta derma. Tetapi jangan anggap permintaan derma di Facebook, Twitter, Instagram atau YouTube adalah sah hanya kerana rakan anda menyukai atau mengongsinya. Luangkan masa untuk menyelidik badan berkenaan sebelum menyumbang derma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >