Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penjenayah siber pancing ‘derma’ bagi konflik Israel-Palestin

Oct 25, 2023 | 04:52 PM



Firma keselamatan siber Kaspersky telah mengenal pasti kempen penipuan yang menggunakan konflik Israel-Palestin untuk memujuk mangsa supaya menghulurkan ‘derma’.

Penjenayah cuba memanfaatkan kesediaan orang ramai membantu mereka yang terjejas dalam konflik tersebut dengan memperdaya mangsa supaya menderma dan selanjutnya mencuri wang mereka.

Sejauh ini, penjenayah siber telah menyebarkan lebih 500 e-mel penipuan dan mencipta laman web palsu untuk mempercepatkan proses pemindahan wang.

Pengguna digesa supaya terus berwaspada dan mengambil langkah proaktif dengan mengesahkan penerima derma tersebut, menurut kenyataan Kaspersky kepada media.

Penipuan berkaitan kempen amal kerap berlaku, sering mengeksploitasi bencana sebenar atau masa kecemasan.

Begitu juga dengan konflik Israel-Palestin.

Pakar memerhatikan lonjakan dalam e-mel penipuan yang ditulis dalam bahasa Inggeris, meminta derma kononnya mahu menolong mereka yang terjejas dalam konflik tersebut.

Penjenayah menggunakan teknik kejuruteraan sosial yang canggih untuk mengeksploitasi belas kasihan orang ramai. Mereka lazimnya membuat rayuan mengumpul derma menerusi e-mel.

Penipu menyamar sebagai badan kebajikan dan menggunakan bahasa emosi untuk memujuk pengguna supaya mengklik pautan ke tapak web palsu, di mana mereka digesa untuk menyumbang derma.

E-mel rayuan itu lazimnya datang dari pelbagai alamat yang tidak dikenali.

“Dalam e-mel ini, penipu cuba mencipta pelbagai variasi bahan teks untuk mengelak penapis e-mel.

“Sebagai contoh, mereka menggunakan pelbagai frasa seruan untuk memancing derma seperti ‘kami mengharapkan belas kasihan dan kebajikan anda’ atau ‘kami mengharapkan empati dan kemurahan hati anda’ dan menggantikan perkataan seperti ‘bantuan’ dengan sinonim seperti ‘sokongan’ atau ‘bantuan’.

“Selain itu, penjenayah akan mengubah pautan dan alamat pengirim. Sofwe keselamatan siber yang teguh dapat mengawal taktik ini,” kata Encik Andrey Kovtun, seorang pakar keselamatan Kaspersky.

Mereka yang mengklik pautan dalam e-mel akan dibawa ke sebuah laman palsu.

Laman itu menerbitkan pelbagai bahan berhubung konflik, memaparkan foto menyedihkan dan menggalakkan orang ramai supaya menderma.

Penipu juga memudahkan pemindahan wang, menawarkan pelbagai pilihan untuk menderma seperti mata wang kripto – Bitcoin, Ethereum, Tether dan Litecoin.

Menyelidik alamat dompet elektronik yang disiarkan di laman penipu, pakar Kaspersky menemui beberapa laman penipuan lain yang mendakwa mengumpulkan bantuan untuk pelbagai kumpulan di kawasan konflik.

Malangnya, laman sedemikian boleh membiak dengan pantas, mengubah reka bentuknya dan menyasarkan pelbagai kumpulan.

Demi mengelakkan penipuan, adalah wajar meneliti laman web sebelum menderma.

Tapak palsu lazimnya tidak menyiarkan maklumat terperinci tentang penganjur kempen, benefisiari atau dokumen rasmi.

Satu lagi tanda amaran ialah tidak telus tentang cara dana diagih dan diaudit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >