Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pas Budaya SG kini boleh digunakan tempah pengalaman di Klook

Sep 2, 2025 | 4:34 PM
Pameran ‘SingaPop! 60 Years of Singapore Pop Culture’, yang meraikan budaya pop Singapura selama lebih enam dekad.
Pameran ‘SingaPop! 60 Years of Singapore Pop Culture’, yang meraikan budaya pop Singapura selama lebih enam dekad. - Foto KLOOK

Warga Singapura kini boleh memanfaatkan Pas Budaya SG menerusi wadah tempahan perjalanan Klook dengan membeli tiket bagi tawaran kebudayaan yang boleh didapati di lamannya.

Pengalaman yang ditawarkan termasuk persembahan tempatan, pameran, bengkel, serta kunjungan kulinari dan warisan.

Ini menyusuli pengumuman baru-baru ini di mana Klook berkongsi kerjasama mereka bersama Pas Budaya SG – skim yang bertujuan menggalak rakyat Singapura menghadiri kegiatan seni dan warisan tempatan.

Skim Pas Budaya SG, yang mempunyai nilai kredit $100, kali pertama diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Februari di Parlimen.

Ia boleh ditebus dari 1 September 2025 hingga 31 Disember 2028 dan ditawarkan kepada semua warga Singapura berumur 18 tahun dan ke atas.

Antara pengalaman yang boleh dinikmati menggunakan kredit Pas Budaya SG itu termasuk pameran multimedia ‘SingaPop! 60 Years of Singapore Pop Culture’, yang meraikan budaya pop Singapura selama lebih enam dekad.

Disusun oleh Dick Lee, pameran itu menonjolkan semangat ‘rojak’ yang menggariskan identiti Singapura.

Dengan bekerjasama dengan rakan merentas seluruh sektor kebudayaan, Klook memastikan Pas Budaya SG itu lebih daripada sekadar menyediakan tiket.

Ia bertujuan meluaskan pendedahan kepada pengamal budaya, membantu mereka mendekati penonton baru, dan mengekalkan ekosistem yang memastikan kisah Singapura terus hidup.

Pengurus besar Klook Singapura, Malaysia, Indonesia, Cik Sarah Wan, berkata:

“Kerjasama Klook bukan sahaja tentang mempromosikan budaya, tetapi juga tentang mewujudkan kitaran mampan di mana rakyat terlibat, pengamal berkembang maju, dan identiti kolektif kami bertambah kukuh,” tambah Cik Wan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg