Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Pasang Surut’ papar takrifan siswa tentang isu kesihatan mental

Jun 12, 2024 | 5:30 AM
Perbincangan siswa mengenai pementasan ‘Pasang Surut’ sempena penerbitan siri teater dwitahunan, ‘Awallah Dondang’, yang kali ini meneroka tentang isu kesejahteraan minda.
Perbincangan siswa mengenai pementasan ‘Pasang Surut’ sempena penerbitan siri teater dwitahunan, ‘Awallah Dondang’, yang kali ini meneroka tentang isu kesejahteraan minda. - Foto PERBAYU NTU-NIE

Penerbitan teater dwitahunan Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (Perbayu), Universiti Teknologi Nanyang-Institut Pendidikan Nasional (NTU-NIE), Awallah Dondang, kembali lagi pada 14 dan 15 Jun dengan pementasan baru, Pasang Surut.

Awallah Dondang merupakan penerbitan teater dwitahunan anjuran NTU-NIE MLCS (Perbayu).

Penerbitan yang menghiburkan, penuh emosi dan merangsang pemikiran ini, dirancang, diarah dan dilakonkan oleh pelajar sepenuh masa dari NTU-NIE serta institusi pengajian tinggi lain.

Matlamat Awallah Dondang yang dipersembahkan di Teater Gateway di Jalan Bukit Merah pada 8 malam, 14 dan 15, Jun adalah untuk menyediakan wadah bagi pelajar meneroka dan mempamerkan daya kreativiti mereka melalui pementasan. 

Pada 2024, Awallah Dondang, kembali dengan tema yang menyentuh hati iaitu kesihatan mental dan cara masyarakat mengatasi kesedihan setelah melalui masa-masa sulit.

“Apa yang menarik kali ini, Awallah Dondang, mengambil pendekatan kolaboratif dalam pembinaan jalan cerita. Skrip Pasang Surut merupakan hasil kolaboratif daripada ahli-ahli pasukan dan pelakon kami. 

“Di sini, kami meneroka peranan yang dimainkan oleh tempat dan ruang dalam pengekalan kenangan hidup kami. Sisipan idea dan pendapat daripada pelakon memperkaya jalan cerita, membuatkan pementasan ini lebih peribadi dan dekat dengan realiti kehidupan.

“Harapannya, melalui pementasan kreatif ini, Awallah Dondang, ingin menyampaikan pesanan tentang rasa sakit dan proses pemulihan dalam menghadapi kehilangan kepada penonton.

Pasang Surut menerokai suka duka watak bernama Putri yang dilanda kesedihan, mengimbau kembali memori di tepi pantai, ditemani sebuah bangku dan buaian.

“Melalui pementasan ini, kita meneroka kepayahan untuk melepaskan luka lama, di ruang seharian yang mengingatkan kita tentang masa lalu yang pernah kita alami,” jelas penerbit Awallah Dondang, Auni Zafirah Taufek.

Beliau adalah siswa tahun 4, kursus ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian dan Pendidikan Melayu, NIE.

Ayuh, sertai siswa NTU-NIE dalam pementasan yang cukup bermakna ini.

Penjualan tiket – berharga $20 seorang – masih lagi dibuka sehingga ke hari pementasan.

Tiket boleh didapati melalui pautan, https://forms.office.com/r/W34tMPDtKZ 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg