Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai Certis kemalangan dengan penunggang motosikal di Pusat Pemeriksaan Tuas

Jan 17, 2025 | 5:40 PM
Pegawai wanita, 27 tahun itu terbaring di tengah jalan di Pusat Pemeriksaan Tuas selepas dilanggar motorsikal
Pegawai wanita, 27 tahun itu terbaring di tengah jalan di Pusat Pemeriksaan Tuas selepas dilanggar motorsikal - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK/SINGAPOREROADSACCIDENT.COM

Seorang pegawai polis auksiliari Certis yang bertugas di Pusat Pemeriksaan Tuas sedang melakukan pemeriksaan berasingan pada 16 Januari lalu apabila sebuah motosikal dikatakan melanggarnya.

Pegawai berusia 27 tahun itu, dan penunggang lelaki yang berusia 34 tahun, mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital.

Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan dengan Berita Harian bahawa mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu di Pusat Pemeriksaan Tuas sekitar 9:10 pagi.

Rakaman kemalangan itu disiarkan di laman Facebook ‘Singapore Roads Accident’ pada hari yang sama.

Pegawai Certis itu dilihat terbaring di permukaan jalan raya menuju ke Pusat Pemeriksaan Tuas, dengan lengannya menutup muka.

Beberapa meter di hadapannya, sebuah motosikal telah terjatuh di jalan raya.

Dua lelaki sedang membantu seorang penunggang topi keledar merah untuk bangun.

Dua lagi anggota keselamatan turut kelihatan berlari keluar dari Pusat Pemeriksaan Tuas.

Jurucakap polis mengesahkan bahawa dua orang telah dihantar ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dalam keadaan sedar.

Mereka juga berkata siasatan sedang dijalankan.

Ketika dihubungi akhbar Mothership, jurucakap Certis berkata:

“Pegawai itu telah dirawat dan kini sedang dalam cuti sakit. Kami memberi sokongan jika perlu kepada pegawai kami untuk membantu beliau cepat sembuh,” kata jurucakap itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg