Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia

Oct 28, 2023 | 1:12 PM
PEMERGIAN MENGEJUT:  Badrul Muhayat (kiri) didapati tidak sedarkan diri ketika isterinya iaitu Norhayati Zulkapli mengejutkan aktor itu daripada tidur.
PEMERGIAN MENGEJUT: Badrul Muhayat (kiri) didapati tidak sedarkan diri ketika isterinya iaitu Norhayati Zulkapli mengejutkan aktor itu daripada tidur. - Foto Fail

Pelakon Malaysia yang pernah menjayakan filem Harry Boy, Badrul Muhayat, dilaporkan meninggal dunia di sebuah rumah cuti inap sekitar Pulau Pinang pada pagi Sabtu.

Badrul atau nama sebenarnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, meninggal dunia pada usia 55 tahun.

Berita pemergian aktor berkenaan disahkan oleh rakan pelakon iaitu Anne Abdullah.

Menurut Anne, Badrul berada di Pulau Pinang bagi menyertai sebuah karnival namun, didapati tidak sedarkan diri ketika isterinya iaitu Norhayati Zulkapli mengejutkan aktor itu daripada tidur.

“Punca kematian belum lagi disahkan. Saya rasa dia penat sangat berniaga... Banyak sangat karnival,” katanya ketika dihubungi laman mStar.

Badrul menikahi usahawan, Norhayati, 50 tahun, April lalu, dan berhasrat bersanding pada majlis resepsi yang dirancang. Bagaimanapun, beliau yang sering melakonkan watak hero pada era 1990-an, terpaksa menangguhkan niat menganjurkan majlis resepsi disebabkan kekangan jadual dan komitmen mereka. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg