Topic followed successfully
Go to BHkuPelakon drama ‘Gerak Khas’ M’sia Majed Salleh meninggal dunia
Pelakon drama ‘Gerak Khas’ M’sia Majed Salleh meninggal dunia
Pelakon drama ‘Gerak Khas’ M’sia Majed Salleh meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah Majed Salleh, 65 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya, pagi Jumaat.
Berita pemergian pengarah filem Syaitan Munafiq itu disahkan adik ipar arwah yang juga penyanyi Shiha Zikir menerusi hantaran dalam Instagram (IG), lapor BH Online Malaysia.
“Assalamualaikum. Abang ipar Shiha, Abdul Majed Mohd Salleh kembali ke rahmatullah, sebentar tadi.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat arwah, semoga diampunkan segala dosanya dan tergolong bersama golongan beriman. Aamiin Ya Allah,” tulis Shiha.
Pada hantaran berlainan dikongsikan di IG Stories, penyanyi itu menyatakan seakan tidak percaya dengan khabar duka itu.
“Masih tidak percaya… rasa nak padam hantaran tadi,” tulisnya lagi.
Terdahulu, arwah Majed yang juga pelakon drama rantaian popular, Gerak Khas dan Metro Squad dilaporkan kritikal apabila fungsi jantungnya tinggal 25 peratus sahaja pada Jun lalu.
Allahyarham menjalani pembedahan memasang perentak jantung di Hospital Serdang pada Jun lalu dengan kos RM72,000 yang ditanggung pertubuhan bukan kerajaan.
Pada Julai lalu, isterinya Nur Shida Mohd Zikir, 43 tahun, memberitahu suaminya dikejarkan ke Hospital Selayang kerana keadaan jantungnya lemah dan badannya bengkak dan keadaannya juga dilaporkan teruk apabila penyakit merebak ke hati dan buah pinggang.

